Gempar !!! Remaja DiRatah Bomoh Dua Kali Ketika Rawatan


KAMPAR: Seorang remaja berusia 19 tahun dirogol dua kali dalam keadaan separa
sedar ketika mengikuti tiga rakannya mendapatkan rawatan tradisional daripada dua 
bomoh di sebuah sungai di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa dan rakannya yang berasal dari Kota Damansara 
mengunjungi sebuah pondok yang terletak di dalam sebuah dusun dengan menaiki 
kereta milik pengamal tradisional tersebut kira-kira jam 1 pagi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, sebaik tiba di 
pondok tersebut yang terletak jauh dari kawasan penduduk, mangsa diajak berbual 
oleh seorang daripada bomoh terbabit yang berusia 42 tahun sambil bersiar-siar 
di sekitar kampung.

“Suspek memberitahu mangsa perlu menjalani mandian bunga di sungai terbabit 
bagi membuang ‘benda’ yang terdapat dalam badannya secara batin. Pemerkosaan 
berlaku ketika mangsa dalam keadaan separa sedar selepas dipercayai dipukau.

“Mangsa kemudiannya diperkosa kali kedua dengan alasan perlu menjalani proses
 itu sekali lagi menggunakan mandian air kelapa kira-kira jam 3 petang,” katanya
 di sini, semalam.

Koong Soon berkata, mangsa dan rakannya kemudiannya dibawa sehingga ke 
Kuala Kangsar kononnya untuk membuang ‘benda’ yang dikeluarkan daripada 
mangsa ke Sungai Perak.

“Mereka kemudiannya dibawa bersiar-siar sehingga ke Beruas sebelum dihantar
 pulang ke Kota Damansara di mana mangsa segera membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, keterangan mangsa dan rakannya diambil dan suspek berjaya ditahan 
di Rembau, Negeri Sembilan untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan
iaitu rogol.

KONGSI KEPADA RAKAN