Bila ada yang berkata ‘untuk apa pakai tudung tapi buat dosa maksiat’ maka ia adalah
satu kenyataan salah.Ini kerana dosa melakukan maksiat dan dosa tidak menutup aurat
adalah dua hal berbeza.
Begitu pun apabila sudah mengenakan tudung yang membawa imej seorang perempuan
beragama Islam, maka pikullah tanggung jawab itu sebaiknya.Jika tidak ia boleh dikira
menjatuhkan maruah agama suci ini apatah lagi diri sendiri
Inilah yang boleh dikatakan terhadap tindakan seorang remaja dipercayai mahasiswi
Indonesia yang gemar memuat naik gambar bogel di laman sosial namun tudung kepala
tidak pula ditanggalkan.
Pemeriksaan di satu akaun Twitter mendapati gadis ini bukan sahaja kerap memuat
naik gambar bogelnya tetapi tidak segan silu berkongsi gambarnya bersama rakan-rakan
kolej.
Jangan terkejut, gadis ini dipercayai menuntut di sebuah institusi keagamaan dan
memakai tudung labuh siap berjubah dalam kehidupan seharian!
Malah kalau dilihat wajahnya ketika berpakaian lengkap yang kelihatan begitu muda dan
naif tiada siapa akan sangka sisi liarnya begitu dahsyat sekali.
Di mana silapnya sampai jadi begini..
Kalau pun akaun Twitter ini adalah kerja individu tertentu yang mahu mendajalkan
remaja ini, persoalan utamanya adalah mengapa begini banyak selfie bogel diambil
olehnya – untuk apa?
Apa yang menyedihkan ada antara gambar gadis ini telah dikongsikan di laman sosial
hingga menjadi bahan ketawa orang bukan Islam.Sudah tentu kita tidak boleh
menyalahkan mereka apabila penganut Islam seperti remaja ini sendiri telah membuka
Mudah-mudahan, tiada gadis tempatan kita tergamak berkelakuan tidak tahu malu sampai tahap seperti ini. – MYNEWSHUB