Gempar !!! Gadis 14 Tahun Jual Badan Untuk Beli Blackberry Di Johor

 
Kegilaan terhadap pelbagai gajet dan alat telekomunikasi canggih menyebabkan 
seorang gadis berusia 14 tahun menjual tubuh termasuk meniduri lelaki berusia 60-an 
bagi mendapatkan wang untuk membeli barangan kegemaran mereka itu.

Perlakuan pelajar tingkatan dua dari Ulu Tiram, Johor, itu terbongkar apabila 
keluarganya menyedari dia memiliki barangan berjenama serta gajet terbaru yang 
setiap satu daripadanya berharga ribuan ringgit.

Gadis terbabit pada awalnya mendakwa gajet berkenaan kepunyaan rakan sekolah 
namun keluarga yang curiga membawanya mendapatkan kaunseling di Pejabat MCA
Johor Jaya sebelum dia mengakui menjual tubuh kerana mahu memiliki barangan 
berkenaan.

Ketika berkongsi pengalamannya, gadis mahu dikenali sebagai Sarah berkata, dia 
terbabit kegiatan tidak bermoral itu sejak awal tahun ini.“Setiap kali menjual tubuh, 
saya memperoleh RM200 hingga RM300. Jumlah itu lumayan dan membolehkan saya 
membeli pelbagai gajet terbaru seperti komputer tablet termasuk iPad dan telefon pintar, 
BlackBerry selain beg tangan berjenama terkenal.

KONGSI KEPADA RAKAN