GEORGETOWN: Seorang anggota polis wanita membuat laporan polis selepas
beberapa keping gambar separuh bogel yang didakwa menyerupai dirinya tersebar
di internet dan aplikasi telefon pintar WhatsApp.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan, berkata anggota polis
berusia dalam 20-an itu membuat laporan polis semalam selepas mendapati gambar-gambar itu tersebar di whatsApp dan laman sosial sejak beberapa hari lalu.
"Dia menyedari perkara itu selepas dimaklumkan rakannya dan selepas melihatnya,
"Dia menyedari perkara itu selepas dimaklumkan rakannya dan selepas melihatnya,
dia menafikan gambar-gambar itu adalah dirinya," kata Thaiveegan ketika dihubungi
Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata, polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan
Beliau berkata, polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan
menyiasat secara terperinci kes itu.
Polis juga akan menyiasat motif penyebaran gambar berkenaan berikutan anggota polis
Polis juga akan menyiasat motif penyebaran gambar berkenaan berikutan anggota polis
itu tidak menerima ugutan atau ancaman selepas gambar itu tersebar.-BH