Manama – Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang berusia 32 tahun melahirkan
anak selepas hamil hasil hubungan dengan anak lelaki majikannya yang berusia 13 tahun
Kejadian itu sekali gus menjadikan budak terbabit bapa paling muda di Bahrain.
Amah berkenaan yang kini dibicarakan di negara Teluk itu, mulanya mendakwa budak
Amah berkenaan yang kini dibicarakan di negara Teluk itu, mulanya mendakwa budak
itu merogolnya tetapi kemudian menukar pengakuan selepas disoal siasat oleh polis.
Peguam budak berkenaan, Ibtisam Al-Sabbagh memberitahu stesen televisyen CNN
Arabia, pembantu rumah itu berjaya menyembunyikan kehamilannya daripada
majikannya selama beberapa bulan sehingga dia hampir menaiki pesawat untuk
terbang pulang ke negara asalnya.
“Dia melahirkan bayi itu sebelum berlepas pulang. Dia melahirkannya seorang diri
di bilik air majikannya.“Dia mulanya mendakwa dirogol oleh anak majikannya. Tetapi
sebenarnya, dia menjalinkan hubungan cinta dengan budak itu,” kata Ibtisam,
- lapor Agensi.