Skandal Rakaman Adegan Intim Penyanyi Tulisa Contostavlos Tersebar ! ( VIDEO )


London – Penyanyi dari United Kingdom, Tulisa Contostavlos, menarik 
perhatian dunia hiburan antarabangsa apabila tampil mengesahkan bahawa 
gadis di dalam video seks yang hangat diperkatakan baru-baru ini di internet
adalah dirinya.

Sedih dan kecewa dengan penyebaran yang memalukan dirinya itu, Tulisa 
menjelaskan bahawa dia menyedari kesilapannya dahulu dan menegaskan
bahawa dia tidak akan duduk diam serta membiarkan dirinya terus dianiaya.

Menceritakan mengenai video seks tersebut, penyanyi berusia 23 tahun itu
menyatakan bahawa dia telah dianiaya oleh bekas teman lelakinya yang 
sangat dicintainya dahulu, Justin Edwards atau lebih dikenali sebagai Ultra.

“Saya mula bercinta dengan Ultra sejak berusia 17 tahun…

“Saya pernah berpindah masuk tinggal dirumahnya, cinta saya padanya sangat
mendalam dan sangat menghormatinya, kami sering berbicara mengenai anak
dan perkahwinan..,” katanya yang dipetik rakaman video khas di Youtube 
bagi menjawab isu skandal yang mengaibkan dirinya itu.

Menurut Tulisa, dia tidak terkejut dengan penyebaran video seks tersebut 
memandangkan pernah diberi amaran oleh kenalan-kenalannya mengenai 
Ultra yang dikatakan cuba menggunakan rakaman tersebut untuk mengugutnya
untuk mendapatkan wang atau memusnahkan kariernya.

Dia memberanikan diri untuk bertemu dengan Ultra untuk mendapatkan
penjelasan mengenainya, namun bekas teman lelakinya itu menafikan perkara
tersebut dan Tulisa yakin bahawa lelaki yang pernah dicintainya itu berbohong.

“Saya bersemuka dengannya dan dia berbohong. Dia nafikan sepenuhnya dan 
kini video tersebut tersebar di talian (internet).

“Seperti yang anda lihat, saya (hampir) musnah, saya kecewa, saya terpaksa
hidup di dalam kepahitan dalam masa beberapa hari ini.

“Apabila anda berkongsi hubungan intim anda dengan seseorang yang anda
sayangi, seorang yang anda ambil berat dan percaya, anda tidak akan terbayang
bahawa detik-detik tersebut akan dikongsi bersama orang di seluruh UK
(United Kingdom) dan di seluruh dunia,” katanya kesal dengan apa yang berlaku.

Skandal video seks Tulisa berdurasi selama 6 minit tersebar di internet baru-baru ini dan memaksanya mengarahkan peguam untuk mendapatkan injunksi 
melarang rakaman tersebut disiarkan dalam apa jua bentuk medium.

Dipercayai rakaman tersebut yang memaparkan Tulisa sedang mengadakan
 hubungan seks dibuat oleh teman lelakinya itu menggunakan telefon bimbit.

KONGSI KEPADA RAKAN