SINGAPURA – Seorang pelajar berusia 15 tahun dihadapkan ke mahkamah
kerana merakam dirinya sendiri mengadakan hubungan seks dengan rakan
sekolah berusia 13 tahun dan memuat naik klip itu di internet.
Remaja dan pasangannya tidak dinamakan.
Mahkamah diberitahu, remaja itu, kini berusia 17 tahun, bertemu pelajar
Mahkamah diberitahu, remaja itu, kini berusia 17 tahun, bertemu pelajar
perempuan itu ketika aktiviti sofbal pada Januari 2009.
Mereka kemudian mengadakan hubungan seks tiga bulan selepas itu dan
Mereka kemudian mengadakan hubungan seks tiga bulan selepas itu dan
pada Februari 2010, dia memujuk remaja perempuan itu mengadakan
hubungan seks oral.
Remaja lelaki itu meminta mengadakan hubungan seks oral beberapa kali
Remaja lelaki itu meminta mengadakan hubungan seks oral beberapa kali
dan merekod satu sesi tanpa pengetahuan remaja perempuan itu dan
menyimpan klip itu dalam fail bertanda “B****”.
Remaja itu kemudian memuat naik klip itu di internet dengan tajuk
Remaja itu kemudian memuat naik klip itu di internet dengan tajuk
“Singapore teen b****”. Dia turut mendedahkan nama dan nombor
telefon pelajar perempuan itu pada klip video itu.
Pada Julai 2010, dia mengugut memuat naik video di internet sekiranya
pelajar perempuan itu enggan melakukan seks oral terhadapnya. Tanpa
mengetahui yang video itu telah dimuat naik, pelajar perempuan itu
bersetuju melakukan seks oral.
Keadaan bertambah buruk apabila remaja perempuan itu mula menerima
panggilan telefon meminta dia melakukan seks oral daripada orang tidak
dikenali.
Pelajar perempuan itu bersemuka dengan teman lelakinya tetapi dia menafikan
Pelajar perempuan itu bersemuka dengan teman lelakinya tetapi dia menafikan
memuat naik video itu. Mereka memutuskan hubungan tetapi bertemu kembali
pada Disember 2010 di mana pelajar lelaki itu memujuknya melakukan
hubungan seks sekali lagi.
Mangsa kemudian memberitahu gurunya dan laporan polis dibuat.
Remaja lelaki itu mengaku bersalah atas 21 tuduhan kerana mengadakan
hubungan seks dengan gadis di bawah umur, menghina kehormatannya,
mengugut dan menyimpan klip video serta mencuri tiga buah basikal.
– Straits Times