RATU CANTIK TERLAMPAU....



Yangon, Myanmar: Seorang ratu cantik Myanmar yang digugurkan gelarannya kerana
didakwa biadab serta menipu semalam dilaporkan menghilang bersama tiara bernilai
antara AS$100,000 (RM315,200) dan AS$200,000 (RM630,400).

May Myat Noe dimahkotakan sebagai Ratu Dunia Asia Pasifik di Seoul, Korea Selatan
pada Mei lalu.Namun, pengarah media penganjur berpangkalan di Seoul, David Kim
berkata, ratu cantik berusia 18 tahun itu memang mengecewakan sejak awal.

Kata Kim, selepas memenangi gelaran itu penganjur mengatur perjanjian nyanyian dan
video untuk May.“Kami mahu ubah penampilan dia supaya lebih jelita,” katanya.

Justeru, tidak lama kemudian penganjur menghantar May yang memiliki ketinggian 
1.7 meter itu ke sebuah hospital untuk menjalani pembedahan buah dada.

 Ketika itulah, kata Kim, masalah bermula.

“May membawa ibunya ke Seoul dan lawatan asal mereka selama 10 hari menjadi tiga
 bulan dengan penganjur menanggung kos tambahan,” katanya.Penganjur juga me
 nanggung kerugian apabila tiket penerbangan pulangnya hangus begitu saja apabila 
 May tidak muncul seperti sepatutnya.

Sumber pula melaporkan May pulang ke Yangon menaiki pesawat lebih awal daripada 
diurus penganjur.May dimaklumkan mengenai penarikan balik gelarannya awal minggu 
ini dan diarah menyerahkan mahkota dimenanginya.Kata Kim, semua orang tahu May 
bukan lagi ratu selepas penganjur membatalkan kemenangannya. - AP

KONGSI KEPADA RAKAN