Gempar !!! Doktor Miang Kantoi Tangkap Gambar Kemaluan Setiap Pesakit Wanita



Baltimore: Ribuan wanita diberi peluang berkongsi tuntutan pampasan berjumlah 
AS$190 juta (RM600 juta) selepas gambar kemaluan mereka dipercayai diambil
ketika pemeriksaan dengan pakar sakit puan di Hospital John Hopkins.

Peguam Jonathan Schochor dari firma yang mengendalikan kes itu berkata, cuma satu 
syarat dikenakan, mereka perlu menceritakan trauma dialami akibat kejadian itu 
sebelum pampasan diberikan.

“Setiap wanita layak mendapat pampasan, namun perlu menunjukkan mereka ‘cedera’
tidak kiralah secara fizikal atau emosi.“Jika tidak, keadaan mereka boleh diumpamakan
seperti keluar melulu dari di simpang tanpa berhenti, namun tiada kemalangan berlaku,”
katanya.

Bagaimanapun, syarat itu mungkin susah diterima wanita yang merasakan diri dicabuli 
akibat perbuatan Dr Nikita Levy yang membunuh diri pada Februari 2013 selepas
didedahkan memiliki ratusan gambar alat sulit wanita.

Disebabkan itu ramai juga wanita terbabit menganggap wang itu tidak berbaloi, terutama
apabila ada dalam kalangan mereka tidak ingat sebarang kejadian pelik apatah lagi
trauma ketika melalui pemeriksaan.Seorang wanita mengakui tidak ingat Levy, tetapi 
mahu mencuba nasibnya mendapatkan wang itu.

“Mana tahu, mungkin saya juga antara mangsanya dan jika benar sudah tentu saya
berhak mendapat pampasan atas perbuatannya mengambil kesempatan terhadap saya
di tempat yang sepatutnya selamat,” katanya.

Sehingga 80,000 wanita dan remaja perempuan menyertai saman itu setakat ini dan 
jumlah itu dijangka bertambah.Levy bekerja di sebuah klinik di Baltimore yang juga 
satu cabang daripada Hospital John Hopkins sehingga dipecat pada Februari 2013 
akibat kejadian itu.Pasukan penyiasat menemui 1,200 video dan 140 gambar di dalam 
komputer peribadi Levy yang dipercayai diambil secara tersembunyi menggunakan 
kamera kecil berbentuk pen dipakai di lehernya.

Namun tidak satu pun video serta gambar itu dapat dikaitkan dengan setiap pesakit,
selain tidak dikongsikan. Levy membunuh diri tidak lama selepas itu.

Menurut firma guaman yang mengendalikan kes itu, mangsa boleh mendapat sehingga
35 peratus daripada jumlah ditawarkan untuk kos perundangan manakala AS$123.5 
juta (RM392 juta) dalam akaun berfaedah sehingga setiap tuntutan dapat diselesaikan
-Agensi.

KONGSI KEPADA RAKAN