Tidur Dengan Lebih 200 Lelaki Kerana Kecewa Dengan Cinta


Seorang pengurus sebuah kelab malam, Louise Grant, 25, telah meniduri ramai
lelaki yang tidak dikenalinya kerana terlalu kecewa selepas cinta dengan kekasih-
nya terputus di tengah jalan.

Grant berkata, sehingga kini dia sudah meniduri 200 lelaki yang ditemui di 
Internet atau secara purata seorang lelaki setiap lima hari. Katanya, pada satu 
ketika dia pernah melakukan hubungan seks dengan tiga lelaki dalam hari 
yang sama.

 Seorang gadis normal akan gunakan Facebook untuk fesyen, cari kawan-kawan 
@ kongsi kisah hidup a.k.a selfie. Lain pula bagi Grant, dia menggunakan 
Facebook hanya untuk mencari teman tidur.



Gadis yang berasal dari Manchester tersebut mula menggunakan Internet untuk 
seks selepas putus dengan kekasihnya tiga tahun lalu. Dia yang berasa kesunyian 
kemudian menggunakan laman web Facebook dan hari berikutnya Grant keluar 
bersama lelaki pertama kemudian terus melakukan hubungan seks

 "Saya selalu berhati-hati dalam seks & pastikan kondom digunakan. Jika lelaki
  tersebut  merungut tentang kondom, saya akan tinggalkannya".

 "Bagi saya cara ini lebih selamat berbanding melepak di pub & balik dalam
 keadaan mabuk bersama lelaki yang tak dikenali". Katanya

KONGSI KEPADA RAKAN