Pelajar perempuan lengkap beruniform kantoi berzina dalam semak!


Sepasang kekasih yang seirng menjadikan kawasan semak untuk memadu
asmara terjerat apabila mereka ditahan anggota penguat kuasa Pejabat Agama 
Daerah Kulim (PADK) di kawasan semak berhampiran Taman Kulim Techno 
City di Kilang Lama, petang kelmarin.

Dalam serbuan pada jam 3.30 petang, pelajar perempuan yang menuntut di
tingkatana enam atas sebuah sekolah di sini dan teman lelakinya iaiti pelajar 
Kolej Komuniti di Pahang, didapati sering menjadikan kawansan semak itu 
sebagai tempat memadu asmara.

Ketua Unit Penguat Kuasa PADK, Azmi Abdul Rejab berkata, pasangan terbabit 
yang masing-masing berusia 19 tahun ditahan di kawasan semak berhampiran 
taman berkenaan.

“Kami menerima aduan mengenai kegiatan pasangan pelajar terbabit yang sering 
berkunjung di kawasan semak itu untuk memadu asmara.

“Lima penguat kuasa bersama beberapa penduduk taman terbabit mengadakan 
 pemeriksaan di kawasan semak itu dan menemui sebuah motosikal.

“Kira-kira dua meter dari motosikal itu, mereka menemui pasangan kekasih 
 terbabit di dalam semak dan pelejar perempuan itu masih memakai pakaian 
 sekolah,” katanya.

 Azmi berkata, hasil soal siasat, pelajar perempuan itu yang bakal menduduki
 peperiksaan STPM tahun ini, mendakwa dia sudah berkawan dengan teman 
 lelakinya sejak beberapa tahun lalu.

“Teman lelakinya kini menuntut di sebuah Kolek Komuniti di Pahang dan setiap 
 kali teman lelakinya pulang ke Kulim, mereka akan mengadakan pertemuan di 
  kawasan semak itu selepas teman lelakinya menjemputnya pulang dari sekolah.
“Kebiasaannya, mereka akan bersiar-siar dulu sebelum ke kawasan semak itu.

“Namun, tindakan mereka disedari penduduk taman perumahan itu yang 
  melaporkan kepada penguat kuasa PADK,” katanya.

Menurutnya, pasangan terbabit akan didakwa di Mahkamah Syariah Kulim 
mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah Tahun 1988 
dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM 2000 atau penjara atau
kedua-duanya sekali.
KONGSI KEPADA RAKAN

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI: