Nama aktres Julia Ziegler seringkali terpalit dengan kontroversi kurang enak.
Selepas didakwamabuk di luar negara, baru-baru ini Julia dikatakan tidak
Terbaru khabar angin mengatakan Julia sanggup tidur dengan penerbit drama
bagi mendapatkan tawaran berlakon.Walaubagaimanapun Julia menepis
dakwaan tersebut dan menganggap ia adalah fitnah semata-mata.
“Itu semua fitnah. Itu semua mulut orang. Saya tak perlu nak tidur dengan
sesiapa untuk dapatkan job berlakon.
Ada yang suka dan ada yang tak suka. Saya tak boleh nak buat semua orang
suka kat saya,” ujar Julia seperti dipetik daripada laporan portal OhBulan!.
Tambahnya lagi, “Saya rapat pun dengan dua orang produser perempuan,
siap berhijab lagi. Yang lelaki saya tak rapat.
Kalau baik dengan produser lelaki pun, saya kenal dengan isteri dan family
mereka.
“Walaupun kita friendly, berniat baik pun orang akan ingat kita ada different
intention. Jadi as long as I’m happy with my life now, keluarga pun selamat
dan sihat, so Alhamdulillah.”
Menyedari bahawa setiap orang pasti mempunyai musuh, Julia percaya pada
karma dan balasan pasti akan dikenakan kepada mereka yang memfitnahnya.
Bercerita tentang hubungan cintanya yang mungkin terjejas kerana isu-isu
panas yang menimpa, Julia bersyukur mempunyai kekasih yang memahami.
“Saya dah kenal dia sebelum jadi pelakon. Dia memang memahami, so dia
memang ikhlas dengan saya. Bila ada isu timbul, saya akan call dia, beritahu
dia semuanya. Dia pula akan beri nasihat.
“Cuma parents dia yang selalu baca surat khabar dan bertanyakan adakah
saya stress dengan isu-isu ini. Saya tiada apa-apa nak sorok pun,” akhirinya,
Lapor Tupai.com