PETALING JAYA: Pelakon Fasha Sandha terluka apabila dia dikatakan kononnya
tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga suaminya iaitu Rizal
Ashram Ramli (Jejai) berbanding dengan Nora Danish.
menegur pengikut Instagram miliknya apabila mereka mempersoalkan kenapa
dia tidak memuat naik foto bersama keluarga mertua pada acara Kuala Lumpur
Fashion Week (KLFW2014) berbanding Nora Danish yang banyak memuat naik
gambar-gambar bersama bekas mertuanya itu.
"Saya beranganggapan komen-komen seperti itu adalah tidak sihat. Sebagai
seorang ibu mengandung, isteri dan juga menantu kepada keluarga suami,
saya berhak meluahkan perasaan dan menegur pengikut saya di laman sosial.
"Tujuan saya berbuat demikian agar mereka tidak terus melukakan hati atau
mengeruhkan lagi perasaan saya ketika ini.
komen pengikut Fasha yang membandingkan dirinya dengan Nora Danish.
"Status itu adalah teguran kepada pengikut yang ada kalanya meninggalkan
komen yang boleh memberi kesan negatif kepada saya," katanya kepada mStar
Online menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
Pada petang Selasa, Fasha telah menegur segelintir pengikutnya yang memberi
pelbagai komen apabila dia tidak mempunyai gambar bersama keluarga suaminya
di Instagram berbanding Nora yang memuat naik pelbagai foto bersama keluarga
itu pada acara (KLFW2014) yang berlangsung baru-baru ini.
Perkara tersebut membuatkan Fasha mempersoalkan sebab dirinya
Perkara tersebut membuatkan Fasha mempersoalkan sebab dirinya
dibandingkan dengan Nora dan meluahkan bahawa dia tidak suka
membaca komen-komen sebegitu di mana ia boleh melukakan hatinya.
Bagaimanapun kata Fasha, dia bersyukur dan berterima kasih dengan kebanya-
kan pengikutnya yang menyokong dengan setiap perkara yang dilakukannya
menerusi komen-komen positif yang diterima.
Antara komen lain yang menyokong Fasha.
Sementara itu, ditanya adakah dia mempunyai hubungan yang akrab dengan
keluarga Jejai, Fasha enggan mengulas tentang perkara tersebut.
"Soal sama ada saya akrab atau tidak dengan keluarga suami, saya tidak
perlu komen.
"Cuma apa yang boleh dikatakan di sini, saya harap masing-masing faham dengan
had masing-masing. Peminat sekarang bijak dan mampu menilainya,"
-pilihananda