Putus Kasih Dengan Nad Zainal; Azwan Kombos Dedah Hefny Sahad Jadi Perampas!


Kisah cinta pelakon Nad Zainal memasuki episod baharu apabila bekas kekasinya
 iaitu Azman Kombos mendedahkan, pemuda yang dikaitkan dengan wanita itu,
 Hefny Sahad adalah perampas sehingga menyebabkan mereka berpisah. 

Azwan, 29, akhirnya mendedahkan, dia mula mengesyaki sesuatu yang tak 
kena selepas Nad menunjukkan mesej-mesej mesra yang dihantar oleh 
pengacara lelaki itu  kepadanya sebelum wanita itu mula berubah sikap. 

"Sebelum krisis hubungan kami berlaku, Nad ada beritahu saya tentang Hefny 
ada hantar mesej-mesej seolah-olah nak 'try' (mengurat) dia ketika mereka sama-sama terbabit dalam telefilem Mengintai Syurga Mama, terbitan Zeel Productions.

"Saya sudah nasihatkan Nad supaya jangan layan (Hefny) jika dia tidak suka. 
Tak sangka pula akhirnya Nad berubah hati dan perkara tersebut menjadi
punca hubungan kami berkecai. 

Pada mulanya saya malas nak kaitkan Hefny sebab tidak mahu dia meraih
publisiti kerana kontroversi seperti ini," ujarnya kepada mStar Online, ketika 
dihubungi di sini, Rabu.  mStar Online

KONGSI KEPADA RAKAN