Ditangkap Ketika Tengah Duduk Atas Badan Pakwe


GEORGTOWN : Tindakan sepasang kekasih bercumbu sambil tubuh wanita 
berada di atas badanteman lelakinya di tempat duduk penumpang membawa 
padah apabila mereka dicekup kerana disyaki berkelakukan kurang sopan di
kawasan hentian Rawat dan Rehat (R&R) Bagan Ajam, di sini, malam kelmarin.

Pemeriksaan itu dijalankan jam 11.30 malam oleh sepasukan 17 pegawai penguat
kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) diketuai Ketua Unit
Operasi JHEAIPP Khairul Azman Azizan sambil.dibantu lima anggota Cawangan 
Penyiasatan Ketenteraan (CPK).

Khairul Azman berkata, ketika rondaan dilakukan sebuah kereta dikesan 
berhenti di tepi jalanberhampiran pantai di kawasan itu sebelum pemantauan 
dan pemeriksaan dijalankan.Menurutnya,ketika merapati kenderaan itu didapati 
seorang lelaki ditemui terbaring di tempat duduk penumpang bahagian hadapan 
manakala seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya berada di atasnya
dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, apabila diperiksa dan ditahan, kedua-dua mereka yang berusia 20-an itu 
menafikan melakukan perbuatan tidak senonoh. namun selepas disoal siasat 
mereka mengaku bercumbu.“Mereka diberikan notis menghadirkan diri di 
Pejabat Agama Daerah Butterworth.

“Turut ditahan dua lagi pasangan di kawasan itu yang dikesan berpelukan dalam 
keadaan mencurigakan,” katanya.Khairul Azman berkata, siasatan lanjut akan 
dijalankan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri 
Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkelakuan kurang sopan di tempat awam 
dan sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara
atau kedua-duanya sekali.

KONGSI KEPADA RAKAN

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI: