Beliau dilihat bertinggung dan kemudian bangun sambil meninggalkan
'lopak air' pada tempat yang sama. Gambar di atas di ambil dari sekeping
poster yang ditampal di Block E bangunan Pinancle @ Duxton.
Menurut laporan The Straits Time Online, Majlis Bandaraya Tanjong
Pagar telah menampal poster-poster ini berdasarkan laporan perbuatan
tersebut sejak bulan Mei yang lalu.
Wanita muda yang wajahnya terselindung telah dirakam aksi tak senonohnya
oleh CCTV, telah membuang air kecil di dalam sebuah lif pada 8.22pm pada
23 Mei yang lalu.
"Majlis Bandaraya menerima laporan berikutan setompok air kencing yang
terdapat di dalam Lif Bomba di Blok E, dan ini mengundang rasa kurang selesa
kepada penduduk di situ," tulis poster berkenaan.
The New Paper telah melaporkan MP Tanjong Pagar, Dr Lily Neo sebagai
The New Paper telah melaporkan MP Tanjong Pagar, Dr Lily Neo sebagai
berkata: "Kami tidak apa pilihan kerana sukar untuk mengesan individu
yang melakukan perbuatan tersebut. Dengan meletakkan gambar poster ini,
seseorang patut 'terasa' dengan perbuatannya."