Inovasi Seluar Dalam Wanita, Dari G Ke C String Yang Anda Perlu Tahu !


KINI tiada lagi G-string, fesyen terkini pakaian dalam wanita menampilkan
C-string dengan rekaan yang ‘teramat’ ringkas.Malah, jika diamati ia umpama 
cekak rambut untuk menutup bahagian sulit wanita di depan sahaja dan bagi
pereka fesyen ia menyelesaikan masalah garisan seluar dalam yang kelihatan 
apabila mengenakan pakaian.



Kendall Jenner memakai C-string untuk menyesuaikan dengan pakaian 
yang diperagakan.Ia mendapat sambutan hangat di kalangan kaum lelaki
yang membelinya untuk isteri dan teman wanita.

Bagaimanapun, di kalangan wanita pula ada yang kurang berpuas hati dengan
fesyen terkini ini kerana ia dikatakan tidak selesa dipakai terutama kerana fabrik
yang dianggap pelik.

“Ia tak kekal di tempat yang sepatutnya, susah untuk memakainya walaupun 
 untuk tempoh dua minit. Jadi jangan buang wang anda membelinya kerana 
 produki ni tidak berbaloi,” kata seorang wanita dalam forum berkaitan 
 produk itu.

Pandangannya mendapat perhatian ramai termasuk kolumnis di seluruh dunia 
yang turut menilai fesyen terkini pakaian dalam wanita itu. Malah, ada yang 
setuju dan melabelnya sebagai ‘pakaian dalam wanita terburuk pernah dihasilkan.

Berbeza sekali dengan kaum lelaki apabila mereka tidak melihat sesuatu yang
buruk mengenai C-string dan sentiasa memberi komen positif terhadap produk
yang dianggap seksi ini.

Seorang suami menulis: “Isteri saya tidak sukakannya tetapi saya suka.”

KONGSI KEPADA RAKAN