GEMPAR!!! GAMBAR RAKAMAN CCTV MEMBUKTIKAN KEBENARAN


KAJANG: Misteri kehilangan pakaian dalam milik seorang remaja perempuan
yang dijemur di ampaian rumahnya di Taman Suria di sini, terjawab selepas
perbuatan tidak bermoral itu dilakukan jirannya sendiri.


Dalam kejadian terbaru, penghuni rumah berkenaan dikejutkan dengan bunyi 
salakan anjing pada jam 3.30 pagi menyebabkan bapa mangsa keluar memeriksa 
keadaan di luar kawasan rumah sebelum mendapati beberapa helai pakaian dalam
anak perempuannya hilang.

Menurut sumber, bapa mangsa kemudiannya meneliti semula rakaman kamera
 litar tertutup (CCTV) lalu mendapati jirannya masuk untuk mencuri pakaian itu.

“Kes kecurian pakaian dalam milik anak perempuannya sudah kali keempat ber-
 laku  menyebabkan bapa mangsa terpaksa membuat laporan polis agar individu 
 terbabit tampil menyerah diri,“ katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab 
Wahab mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 
447/379 Kanun Keseksaan.

KONGSI KEPADA RAKAN