Tidak dinafikan lagi, ramai wanita sukakan gaya mengikut fesyen terkini dan
digilai ramai, lebih-lebih lagi golongan remaja. Mereka sering menukar
penampilan mengikut peredaran zaman.
Remaja lelaki khususnya gemar memakai seluar ‘skinny’ dan mengikut fesyen
yang digemari wanita itu. Apa yang paling menarik ialah seluar ‘skinny’ itu
terbukti menjadi kegilaan ramai selain meraih populariti dalam kalangan remaja
Malaysia kini.
Pemakaian seluar jenis ini sebenarnya bertujuan untuk kelihatan lebih bergaya,
namun terdapat remaja memakainya untukkelihatan lebih kurus daripada saiz
badan sebenar. Kebiasaannya seluar dipakai itu ketat kononnya untuk kaki
tampak kecil dan elok dipandang mata.
Ramai remaja menghadapi pelbagai kesukaran apabila menyarungkan
seluar yang terlampau ketat itu. Ada yang sampai melompat-lompat
kerana saiz pinggang terlalu kecil.
Walaupun begitu, ada saja yang taksub sehingga tidak memikirkan kesan
buruk yang lain.Hakikatnya, pakaian diciptakan bukan untuk memberikan
bentuk atau saiz badan yang kita tidak miliki dan di situlah remaja
menghadapimasalah.
Banyak masalah kesihatan timbul akibat daripada pemakaian seluar yang
terlalu ketat itu. Antaranya:Masalah kesihatan
Berdasarkan kajian daripada pakar bedah vaskular Dr Nicholas Morissey,
pemakaian seluar ‘skinny’ yang ketat boleh menjadikan kaki anda rasa kebas
pada paha atau lebih dikenali sebagai ‘meralgia paresthetica’.
Menurut Morissey, terdapat saraf deria datang daripada pelvis yang
bertindak memberikan sensasi ke bahagian paha anda.
Remaja yang memakai seluar ‘skinny’ yang ketat bagaimanapun
merasa kebas akibat daripada pengecilan saraf pada paha itu.
Ketika duduk, paha akan mengalami tekanan tinggi dan apabila berdiri,
anda tidak akan dapat rasakan pergerakan kaki. Menurut Morissey,
keadaan ini tidak berbahaya namun apabila ia kerap berulang, maka
ia boleh menyebabkan keadaan kaki kejang itu berkekalan.
Pakar neurologi, Dr John Michael Li pula berkata, remaja yang menderita
sindrom seluar ketat biasanya akan rasa tidak selesa pada abdominal,
pedih ulu hati dan masalah sendawa apabila memakai seluar ketat itu.
Kebiasaannya seluar yang dipakai bersaiz tiga inci yang terlalu kecil
untuk saiz pinggang seseorang remaja.
Penasihat perubatan, Dr Orly Avitzur pula memberitahu bahawa
makanan tidak akan hadam apabila terdapat tekanan pada bahagian
abdomen.
Pemakaian seluar ketat ini boleh membawa kepada masalah lebih
serius seperti makanan tidak boleh dihadamkan dengan betuldalam
kalangan remaja yang menghadapi masalah pedih ulu hati.
Seluar yang terlalu ketat memburukkan lagi keadaan itu.Lelaki
terutamanya perlu berhati-hati dan mengambil berat dalam aspek
pemakaian.
Jika mereka tetap memilih seluar ketat sebagai pelengkap fesyen,
risikonya amat tinggi. Misalnya, remaja lelaki akan hadapi masalah
kilasan testis di mana satu testis akan berpintal dengan sendirinya.
Jika tidak dirawat, pintalan itu akan memotong peredaran darah
dan seterusnya testis akan mati.
Selain itu, remaja lelaki juga akan mengalami lemah kawalan kencing
dan jangkitan saluran kencing. Lebih buruk lagi apabila bilangan
sperma menurun dan kulat akan mudah merebak pada bahagian
kelamin akibat daripada pemakaian seluar yang ketat ini.
Apa kata mereka
Yasmin Moktar, 21, pelajar kolej swasta berkata, pemakaian seluar
‘skinny’ ini tampak moden dan bergaya selain kelihatan menarik.
“Apa yang saya dapat lihat ialah kebanyakan remaja sekarang
menjadikan seluar ketat sebagai pilihan utama dalam pemakaian.
Namun seluar yang dianggap fesyen terkini itu ada yang terlalu ketat
sehinggakan boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan.
“Nak sarungkan seluar itu saja begitu sukar sehinggakan ada yang
perlu menarik seluar ke bahagian pusat berkali-kali kerana terlampau
ketat dan lebih kecil daripada saiz pinggang sebenar.
Bagi perempuan,mereka lebih suka menggayakan seluar ketat bersama
kasut tumit tinggi.
“Tidakkah keterlaluan dalam aspek berpakaian sehingga sanggup
menyakiti diri sendiri. Inikan pula seluar begitu ketat yang boleh
menyakiti bahagian sendi dan otot di bahagian peha.
Kalau nakdiikutkan memanglah sendi rasa sakit dan kebas sebab seluar
itu terlalu ketat dan menghalang udara masuk selain memberikan
tekanan yang tinggi pada bahagian peha.” katanya.
Menurutnya, fesyen seluar ketat itu tidak terhad kepada remaja
perempuan saja, tapi juga pada golongan lelaki.
Katanya, lelaki yang memakai seluar ‘skinny’ yang ketat ini agak
keterlaluan dan boleh menunjukkan ciri feminin yang tidak bagus untuk
imej mereka.
Bagi Ridzuan Azmi, 21, pelajar universiti swasta berpendapat, fesyen
seluar ‘skinny’ dalam kalangan lelaki ini tidaklah memudaratkan jika
saiz yang dipilih itu bertepatan dengan bentuk pinggang.
“Ada juga situasi di mana saya melihat remaja lelaki yang memakai
seluar ‘skinny’ ketat untuk kelihatan kurus, walhal saiz badan tidak
bersesuaian dengan fesyen itu. Bukan saja pelik tapi saya juga
percaya pemakainya pasti mengalami kesakitan yang luar biasa
terutama pada bahagian paha.
“Lihat saja remaja lelaki yang memakai seluar ‘skinny’ ketat
kadangkala tidak menunjukkan gaya lelaki yang maskulin. Sudahlah
ketat dan susah untuk sarung, pemakainya pun pasti mengalami
masalah sendi dengan kerap.
“Saya pernah dengar ada remaja lelaki yang mengalami masalah di
bahagian kelamin akibat daripada pemakaian seluar ketat ini. Mana
tidaknya, seluar yang terlampau ketat boleh hadkan saluran udara
dan menyakitkan alat sulit mereka,” katanya.
Menurutnya, remaja lelaki perlu memilih seluar ‘skinny’ yang lebih
longgar dan tidak terlalu ketat sehingga boleh membahayakan diri
sendiri.
Cara mengatasi
Yang paling penting, remaja perlu menitikberatkan kesihatan
terlebih dulu sebelum memilih pakaian yang digemari. Tanpa
motivasi dan pengetahuan umum berkenaan masalah kesihatan
yang mungkin berlaku, ramai remaja membeli pakaian secara
membuta tuli.
Bagi mereka yang gemarkan seluar ‘skinny’ memanglah tidak salah
memakainya, namun perlu juga buat pemilihan yang betul. Bagi
mereka yang mempunyai saiz badan besar adalah dinasihatkan
memakai seluar bersesuaian dengan saiz mereka. Kalau tidak ada
saja masalah kesihatan timbul sekiranya dibiarkan secara
berterusan.
Remaja lelaki khususnya perlu mengenakan seluar ‘skinny’ yang
longgar dan tidak ketat untuk melancarkan saluran udara dalam seluar
bagi mengelakkan jangkitan kuman dan sakit pada bahagian alat sulit.