Drebar Laknat Jual Gambar Cabul Budak


Jakarta: Polis menahan seorang lelaki berusia 33 tahun kerana disyaki menjual
gambar dan video mempamerkan aksinya mencabul budak lelaki berusia bawah
 10 tahun.

Hanya dikenali sebagai Martono, lelaki terbabit melakukan aktiviti keji itu 
di bilik sewaannya diTangerang.

Jurucakap polis Jakarta, Rikwanto berkata, suspek berusia 33 tahun dan
bertindak sendirian.

“Bahan lucah itu dijual kepada pelanggan melalui dalam talian,” katanya.
  Martono ditangkap dua minggu lalu.

Katanya, suspek memasang kamera di bilik sewanya sebelum memperdaya
 mangsa melakukan aksi seksual bersama di situ.

Menurut Rikwanto, suspek bekerja sebagai pemandu dan sudah menjual
puluhan gambar serta video aksinya sejak enam bulan lalu.

Hasil daripada aktiviti itu, katanya, Martono memperoleh bayaran sehingga
Rp30 juta (RM8,087).

“Polis merampas dua kad SD mikro yang mempunyai kapasiti satu dan 15
 gigabit,” katanya.

Di dalam kad memori itu, katanya, terkandung ratusan gambar serta video
menunjukkan Martono mengadakan aksi seks dengan enam budak lelaki
berlainan.

“Sesetengah budak terbabit muncul dalam lebih daripada satu video,”
katanya.

Bahan itu, kata Rikwanto, dimuat naik di laman sesawang bagi membolehkan 
pelanggan memilih klip atau gambar yang ingin dibeli.

- Agens
KONGSI KEPADA RAKAN