“Disebabkan mempercayainya, saya hanya mengikut arahan apabila diminta
mem buka baju dan coli, namun dia meramas buah dada saya hingga saya
berasa sakit.
“Saya mula curiga dan takut apabila doktor itu menyatakan saiz buah dada saya
besar selain mengajak saya melakukan hubungan seks,” kata ibu tunggal hanya
mahu dikenali sebagai Nurul, 34, yang mendakwa dicabul seorang doktor sebuah
hospital swasta, di sini.
Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat lalu ketika dia ke
hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan susulan berikutan masalah
darah tinggi, hidung berdarah, sakit perut dan sukar membuang air.
Nurul berkata, dia mengenali doktor berusia lingkungan 40-an itu kerana pernah
mendapatkan rawatan daripadanya sebelum ini.
Menurutnya, sebelum kejadian mencabul itu berlaku, doktor terbabit mengarah
kan nya berbaring sambil memberitahu mahu memeriksa tekaknya.
"Ketika itu, hanya kami berdua di dalam bilik pemeriksaan manakala jururawat
berada di luar bilik. Saya tidak bersangka buruk dan mempercayainya kerana
dia doktor yang pernah merawat saya sebelum ini.
'Selepas tekak saya diperiksa, doktor itu mengarahkan saya membuka baju dan
coli sebelum mencabul saya dan mengeluarkan kata-kata berunsur seks sebelum
menyuruh duduk sambil mengurut belakang saya," katanya.
Nurul berkata, terkejut dengan kelakuan doktor itu, dia cuba beredar dari bilik
berkenaan selepas doktor terbabit mengajaknya melakukan hubungan seks.
Menurutnya, ketika bersiap memakai baju, doktor berkenaan memeluknya dari
belakang sekali lagi meramas buah dadanya.
"Malah, doktor juga menarik tangan untuk memegang kemaluan saya. Tindakan
nya itu menyebabkan saya terus keluar dari bilik pemeriksaan.
"Saya kemudian berjumpa seorang kakitangan hospital di kaunter untuk memak
lumkan kejadian itu sebelum dibawa berjumpa seorang pegawai untuk berbin
cang. "Dalam perbincangan itu, pegawai terbabit meminta saya tidak membuat
laporan polis atau membuat aduan mengenai kejadian yang berlaku," katanya.
Bagaimanapun, kata Nurul dia memutuskan tidak mematuhi permintaan itu
kerana kejadianyang berlaku bukan saja meninggalkan kesan buruk ke atasnya
sehingga dia sering berasa sedih dan takut, malah berpendapat doktor itu wajib
dikenakan tindakan.
Bagi memastikan keadilan dan keselamatan dirinya serta dua anak perempuannya
berusia enam dan tujuh tahun, Nurul membuat laporan di Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS), di sini, sehari selapas kejadian(20 Oktober)
"Saya serahkan kepada polis menyiasat kes ini dan berharap doktor berkenaan
dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman setimpal di atas perbuatan
nya itu.
"Saya mendedahkan kejadian ini dengan harapan mendapat pembelaan dan
berharap sesiapa yang pernah menjadi mangsa doktor itu tampli membuat
laporan polis demi maruah dan mengelak kejadian sama kepada pesakit lain,
" katanya.