VIDEO: Bekas Kekasih Awi Rafael, Hanez ‘Malu-Malu’ Bila Dipertemukan Kembali…


Walaupun hubungan cinta di antara mereka sudah pun putus, namun baik Hanez
 Suraya mahupun Awi Rafael kelihatan sungguh profesional apabila diminta 
 berdiri bersebelahan satu sama lain, baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Media Hiburan, dapat dilihat Hanez 
kelihatan malu-malu sedikit namun mereka tetap memberikan kerjasama yang
baik terhadap media yang cuba menyiapkan tugasan mereka.

Mereka kebetulan berada dalam satu majlis yang sama iaitu Anugerah Juara
Lagu di mana Awi berjaya merangkul tempat ketiga bersama rakan duetnya,
Altimet menerusi lagu Kalau Aku Kaya manakala Hanez hadir bagi memberi
sokongan kepada rakan-rakan artis yang bertanding.

Memandangkan ini merupakan pertemuan pertama mereka selepas berpisah,
kedua-duanya kelihatan sedikit kekok namun masih sempat mendoakan 
kejayaan karier masing-masing.

Macam ni lah baru profesional!


mrartis
KONGSI KEPADA RAKAN