3 GAMBAR KAMERA TERSEMBUNYI DALAM TANDAS WANITA HOSPITAL BENTONG TERBONGKAR


Kuantan: Tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang meletakkan tiga kamera 
tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 
sentimeter di tandaskakitangan wanita Hospital Bentong, baru-baru ini, ber-
kemungkinan didalangi orang dalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, tandas berkenaan
yang beradadi bahagian unit rawatan kecemasan hanya boleh digunakan oleh 
kakitangan hospital saja malah orang awam tidak dibenarkan sama sekali 
memasukinya bagi mengelak kesesakan atau mengganggu privasi doktor atau
jururawat yang bertugas.

Katanya, perbuatan meletakkan kamera di bawah sinki dan berbentuk pe-
nyangkutbaju disedari apabila seorang kakitangan wanita hospital ternampak 
cahaya merah seolah-olah sedang merakam gambar.


“Kita tidak menolak ada pembabitan daripada orang dalam berikutan tandas
 itu hanya boleh digunakan oleh kakitangan wanita saja manakala orang awam 
 tidak dibenarkan.

“Kami menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terperinci dan 
 sekiranya didapati ada kakitangan hospital berkenaan terbabit, pihak kami
 akan mengambil tindakan tegas,”katanya, ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, seorang kakitangan hospital berkenaan menjumpai tiga kamera
tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira
10 Sentimeter di tandas kakitangan wanita sekali gus mengundang pelbagai
persoalan masyarakat seterusnya menjadiperbualan hangat di laman sosial.


Antara pihak yang menyebarkan perkara itu adalah badan pemantau jenayah,
MyWatch,menerusi twitternya turut berkongsi gambar yang dimuat naik 
seorang individu dipercayai kakitangan hospital itu menerusi akaun
Facebooknya. SUMBER
KONGSI KEPADA RAKAN