Razif MB paling singkat?


KUALA TERENGGANU 13 Mei - Datuk Ahmad Razif Ahmad yang baharu 
mengangkat sumpah pelantikan malam tadi hampir pasti menjadi Menteri Besar 
Terengganu yang paling singkat memegang jawatan itu dengan situasi politik
 yang makin memuncak.

Hanya beberapa jam selepas itu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said 
yang tidak menjangkakan kepemimpinan Pusat tetap meneruskan langkah pe-
ralihan itu, mengisytiharkan keluar parti bersama-sama dengan Ahli Dewan 
Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib.

Ini disusuli dengan ADUN Bukit Besi, Roslee Daud dan dijangka beberapa
ADUN lagi akan turut berbuat demikian akan menyebabkan Barisan Nasional
(BN) yang hanya berkuasa dengan kelebihan satu kerusi dalam pilihan raya 
umum lalu tidak mampu lagi bertahan.

Dengan perkembangan terbaharu, kedudukan kerusi BN setakat ini sebanyak 
14 kerusi, Pas (14), Parti Keadilan Rakyat (1) dan Bebas (3) dan hampir pasti
dibubarkan atau kesemua yang menentang proses peralihan itu membentuk
 kerajaan bersama dengan pembangkang. - UTUSAN ONLINE
KONGSI KEPADA RAKAN