Gadis dibelasah kakak selepas adu dinoda abang ipar


KULIM – Seorang gadis bukan saja menjadi habuan seks abang iparnya,
bahkan turut dibelasah kakak sendiri gara-gara dikatakan ingin memusnahkan
rumah tangga mereka.

Cerita sedih gadis berusia 24 tahun itu bermula apabila mangsa, kerana tidak
tahan dirogol dan diugut lelaki bernafsu binatang itu,mengadu kepada kakaknya. 
Dia menjangka akan mendapat perlindungan, tetapi sebaliknya kakaknya 
mempunyai buruk sangka.

Akibatnya, kakaknya membelasahnya dengan lesung batu dan batang paip
hingga cedera.Bukan itu saja, kakaknya turut menuduh gadis malang itu 
sengaja mereka cerita untukmembusukkan nama suaminya dengan niat
mahu menghancurkan rumah tangga mereka sebelum dihalau daripada 
rumah pasangan tempat dia menumpang itu.

Jurucakap polis berkata, dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Kulim,
mangsa mendakwa kali pertama dirogol abang iparnya adalah pada pagi 
2Jun lalu.

“Dalam kejadian itu, lelaki itu masuk ke dalam biliknya kira-kira jam 11 pagi, 
menanggalkan pakaian mangsa secara paksa sebelum memperkosanya.Tidak 
cukup dengan itu suspek mengugut mangsa supaya tidak memberitahu 
kejadian itu kepada sesiapa.

“Pada waktu yang lebih kurang sama keesokan harinya, lelaki itu sekali
 lagi masuk ke bilikmangsa dan melakukan perkara terkutuk itu,” katanya.

Menurutnya, selepas dua kali dirogol dan bimbang kejadian itu akan
berterusan, mangsa memberanikan diri mengadu kepada kakaknya, 
5 Jun lalu.

Gadis itu juga memberitahu ahli keluarganya yang lain sebelum membuat
laporan polis.-Bh.net
KONGSI KEPADA RAKAN