Sebelum ini Rozita CheWan pernah menjadi perhatian peminat gara-gara
berkongsi sekeping gambar romantis bersama suaminya, Zain Saidin di atas
katil dalam keadaan seksi menerusi laman Instagram.
Apapun, perkara tersebut reda seminggu kemudian selepas Zain membuat
penjelasan tidak mahu memadam gambar berkenaan. Terbaru, pelakon dan
pengacara itu kembali diperkatakan segelintir peminat kerana mengubah
warna rambutnya menjadi blonde.
Kritikan itu menyebabkan Rozita Che Wan naik angin dan membalas
komen si peminat dengan jawapan dan kata-kata yang agak pedas
namun ada benarnya. Reaksi aktres berusia 42 tahun itu turut mendapat
sokongan dari kebanyakkan pengikutnya di Instagram.-bh.net