Punca Sebenar Sharifah Shahira Retak belakang kepala


Pelakon, pengacara dan penyampai radio paling terkenal, Sharifah Shahira 
dilaporkan mengalami pendarahan teruk pada bahagian belakang kepala 
sewaktu menjalani penggambaran Game Show baru-baru ini.

Kejadian itu dipercayai berlaku disebabkan Sharifah Shahira hilang kawalan
sebelum terjatuh terlentang selepas cuba mengelak sebuah kereta.

Beliau kini sudah mendapatkan rawatan lanjut di KPJ Tawakal dan telah 
diberikan cuti selama 5 hari untuk berehat.

Kakak kepada Sharifah Sakinah itu turut mengakui bermain Game Show 
ketika waktu maghrib tidak baik dan boleh mendatangkan perkara yang 
tidak baik.


KONGSI KEPADA RAKAN