Dalam keseronokan pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri bercuti bersama-
sama di luar Negara baru-baru ini, terdapat khabar berita kurang baik yang mula
kedengaran tentang mereka.
Menurut laporan sebuah media hiburan, hubungan cinta pelakon itu dengan
Nedim Nazri dikatakan tidak mendapat restu daripada Menteri Pelancongan
dan Kebudayaan Malaysia, Dato' Seri Mohamed Nazri.
Susulan itu, Nora Danish segera tampil kepada akhbar Kosmo dengan memberi
tahu bahawa dirinya tidak akan teragak-agak untuk memutuskan hubungan
cinta mereka jika tindakan demikian adalah penyelesaian terbaik.
“Sudah menjadi keutamaan bagi saya untuk mendahulukan pendapat yang datang
daripada ahli keluarga. Jika saya tidak mendapat restu daripada bapanya, tidak
mustahil untuk saya memutuskan hubungan kami.”
“Tetapi, selama berkawan dengan Nedim, dia tidak pernah memberitahu saya
“Tetapi, selama berkawan dengan Nedim, dia tidak pernah memberitahu saya
apa-apa mengenai perkara itu. Saya juga pernah berjumpa dengan ibu dan
bapanya. Mereka sungguh merendah diri dan begitu baik terhadap saya.”
Dalam pada itu, juri program Maharaja Lawak Mega 2013 berkenaan turut
menegaskan bahawa dia dan Nedim tidak pernah merancang untuk ber-
kahwin dalam masa terdekat. Jika ada pun, pengumuman menerusi siding
media akan dibuat juga.-sumber