Ampang: “Anak derhaka! Tergamak dia menghempuk kepala saya dengan kerusi
hingga cedera teruk,” luah seorang lelaki warga emas yang hanya ingin dikenali
Murad yang tinggal bersama anak perempuannya berusia 50-an mendakwa turut
dihamburkan kata-kata kesat susulan tindakannya menegur perbuatan sumbang
anaknya itu bersama bekas menantu di kediamannya disini.
Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 8 malam Selasa lalu, apabila dia men
dapati anak perempuannya itu masih ‘bermesra’ dengan bekas suami walaupun
mereka sudah bercerai.
“Saya yang tidak tahan melihat gelagat mereka bertindak menegur dan me-
nasihati anak saya itu.Bagaimanapun niat baik saya itu dibalas dengan
hamburan kata-kata kesat.
MURAD menunjukkan kesan cedera akibat dibelasah anak perempuannya.
“Tidak cukup dengan itu, dia turut membaling botol minuman ke arah saya
sebelum mencapai kerusi kayu berhampiran. Kerusi itu kemudian dipukul
sekuat hati ke arah belakang tubuh dan kepala saya,” katanya.
-sumber pilihananda
-sumber pilihananda