‘CIUM BOLEH, LEBIH JANGAN!’

gabar hiasan
Siang bertudung dan berbaju kurung, namun penampilan sopan dan mengikut 
syariah itu berubah 100 peratus pada waktu malam apabila mereka hanya me-
nyarung skirt pendek serta bersinglet nipis.

Demikian gelagat segelintir gadis berstatus penuntut pusat pengajian yang bukan
berasal dari daerah ini untuk mencari wang tambahan dengan bekerja sambilan
sebagai teman penghibur.

Walaupun tidak berada di bandar raya besar seperti Kuala Lumpur atau Johor
 Bahru, tetapi mereka bijak mencari peluang demi memperoleh wang saku bagi
 menampung kos perbelanjaan harian sebagai pelajar.

Difahamkan, mereka bergerak aktif bermula jam 10 malam dan bertemu dengan
 lelaki yang sudah terlebih dahulu membuat temu janji di lokasi ditetapkan iaitu
 hanya di sekitar daerah ini.

Pelajar itu didapati menetapkan bayaran tertentu iaitu sekitar RM50 hingga
RM150 dan boleh dibawa ke pusat hiburan dan pusat karaoke sebagai teman
penghibur.

Namun, mereka menolak untuk dibawa ke ranjang walaupun ditawarkan bayaran
lumayan.Wartawan Harian Metro berjaya menjejaki mereka melalui kenalan di 
beberapa pusat karaoke dan hiburan di daerah itu.

Pada mulanya mereka enggan bekerjasama apalagi mendedahkan identiti kerana 
bimbang aktiviti terbongkar kepada pengetahuan keluarga.

Selepas dipujuk akhirnya beberapa wanita itu akur dan mendedahkan diri mereka
 adalah penuntut pusat pengajian.

Penuntut terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Ika, 20, berkata, keluarga
memberinya duit saku RM200 sebulan saja dan jumlah itu ditambah dengan 
wang pinjaman.

“Jumlah itu memang tidak mencukupi bagi menampung kos belajar dan belanja
 harian menyebabkan saya terpaksa memikir jalan lain bagi mendapatkan wang.

“Saya mula aktif keluar pada waktu malam sejak setahun lalu dan memperoleh 
 kira-kira RM1,000 sebulan,” katanya.

Ika berkata, dia hanya mengambil upah menemani lelaki di pusat hiburan atau 
karaoke dan enggan sama sekali dibawa ke ranjang.“Jika mereka suruh saya 
menyanyi atau menari saya akan lakukan, tetapi hanya setakat itu.

“Selepas dibayar dan selesai menemani mereka saya dan beberapa lagi rakan 
 akan pulang ke rumah sewa kerana perlu berehat untuk pergi kuliah keesokan 
 hari,”  katanya.

Seorang lagi penuntut yang juga kenalan Ika dikenali sebagai Yana, 19, berkata dia 
mula berjinak-jinak dengan aktiviti itu selepas diperkenalkan rakan-rakannya.

“Saya berani untuk turut serta dan melakukannya kerana ia tidak sampai hingga 
 menggadai maruah saya.“Kebiasaannya kami akan berkenalan dengan lelaki itu 
 melalui laman sosial atau diperkenalkan daripada kenalan lain.

“Ada juga pelanggan kami daripada golongan berjawatan yang datang ke daerah
 ini atas urusan kerja,” katanya.Menurut Yana, dia akan memberi amaran terlebih
 dulu kepada lelaki terbabit supaya tidak melakukan perkara di luar batasan.

“Tetapi, ada juga lelaki yang memeluk dan mencium saya ketika sedang berhibur,
  namun setakat itu saja.“Saya lakukan ini semua hanya kerana wang dan setakat
 ini ia tidak mengganggu pelajaran,” katanya – BH-net

KONGSI KEPADA RAKAN

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI: