SEORANG pelakon porno wanita, Janice Griffith,19, mungkin bakal mengambil
tindakan mahkamah terhadap pelakon dan juga jutawan, Dan Bilzerian atas tin-
dakannya mencampakkan wanita itu ke dalam kolam renang dari bumbung
rumahnya sehingga patah kaki.
Dalam kejadian itu, Bilzerian tersilap ‘perkiraan’ sekaligus menyebabkan kaki
Griffith tidak masuk sepenuhnya ke dalam kolam tersebut.
Menurut wanita itu, Bilzerian langsung tidak memohon maaf atas perbuatannya
selepas itu, memetik laporan TMZ.
Akibat kejadian itu, Griffith mendakwa dia telah terlepas beberapa penggambaran
kerana perlu menunggu kakinya sembuh terlebih dahulu.
Bagaimanapun, ramai yang menyifatkan perkara itu tidak akan menjejaskan
reputasi Bilzerian yang sememangnya terkenal dengan sikap kaki perempuannya
itu.
Rakaman kejadian tersebut turut disiarkan di laman YouTube. Saksikan.