TANAH MERAH: Seorang mak nyah yang juga penyanyi dikir barat tersohor
Kelantan didakwa bertindak kurang ajar apabila cuba menayangkan kemaluan-
nya kepada sepasukan anggota penguat kuasa agama, kononnya bagi mem-
buktikan dirinya wanita tulen sebaik ditahan ketika membuat persembahan di
sebuah tapak ekspo di bandar ini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, penyanyi berkenaan melakukan
perbuatan berkenaan bagi mengelak ditahan kerana kesalahan berperwatakan
seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai, namun kerenah
nya tidak dilayan.
Penyanyi berusia 25 tahun itu ditahan dalam Ops Insaf oleh sepasukan anggota
penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Jajahan
Tanah Merah, diketuai Rosli Ismail bersama lima Skuad Amru dan tujuh anggota
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) selepas mendapatmaklumat daripada
orang ramai.
Difahamkan, penyanyi berasal dari Kuala Betis, Gua Musang itu pernah ditahan
penguat kuasa JHEAIK Jajahan Pasir Mas, tahun lalu, atas kesalahan sama sebelum dikenakan denda sebanyak RM800.
Sumber berkata, ketika ditahan, penyanyi itu tampil dengan pakaian seksi
wanita hanya sempat mendendangkan dua lagu sebelum persembahannya
dihentikan serta-merta sebaik diarahkan penguat kuasa agama berkenaan.