Uppsala: Seorang anggota polis di timur Sweden dikenakan tindakan disiplin
termasuk potong gaji selepas didapati membuat rakaman aksi seks sambil
berpakaian seragam rasmi lewat tahun lalu.
Anggota keselamatan itu membuat rakaman ketika dalam waktu kerja di sebuah
bilik tukar pakaian polis di sini, November lalu.
Dia kemudian menghantar pita video 'panas' itu kepada seorang rakan yang baru
dikenali tetapi tidak pernah bertemu serta hanya hanya bertukar mesej teks.
Bagaimanapun, lelaki yang menerima pita videonya dilaporkan tidak suka dengan
perbuatan rakannya itu dan menghantar pita rakaman berkenaan kepada
Lembaga Disiplin polis untuk tindakan selanjutnya.
Jejas keyakinan awam Selepas menontonnya, anggota disiplin memutuskan
bahawa anggota polis berkenaan dianggap seperti mencabul penerima mesej
nya dan'melanggar kewibawaan seksual penerimanya.'
Anggota lembaga berkenaan juga menekankan, peri laku anggota polis berkenaan
boleh menjejaskan keyakinan orang awam terhadap pasukan keselamatan,
lebih-lebih dia melakukannya ketika berpakaian seragam lengkap.
Sebagai hukuman, anggota disiplin polis itu memotong gaji lima hari anggota polis
itu selain memberi amaran supaya tidak mengulanginya.
Sementara itu, menurut laporan di London, lain pula yang berlaku apabila empat
wanita menuduh seorang anggota polis cuba menggoda mereka ketika melakukan
siasatan.