Penyanyi dikir barat terkenal di Kelantan, Rosalinda atau nama sebenarnya
Shahima Edayu Akma Mohd Alwi, 23, dikenakan hukuman denda RM1,000
oleh Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, Kelantan, semalam.
Hukuman tersebut dijatuhkan selepas dia mengaku bersalah kerana memakai
pakaian menjolok mata ketika mengadakan persembahan di Felda Aring Enam,
Mei lalu.
Hakim, Zubaidi Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosalinda atau
Hakim, Zubaidi Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosalinda atau
nama sebenarnya, Shahima Edayu Akma Mohd Alwi, 23, yang berasal dari
Kemaman, Terengganu.
Beliau tidak membenarkan tertuduh membuat persembahan dengan berpakaian
Beliau tidak membenarkan tertuduh membuat persembahan dengan berpakaian
tidak sopan, bertentangan dengan hukum syarak.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Ramlee Abd Rahman.
Rosalinda membayar denda tersebut dan berjanji tidak mengulangi kesalahan
tersebut.
Mengikut kertas pertuduhan, Rosalinda ditahan sepasukan Penguat kuasa Agama
Islam Gua Musang ketika membuat persembahan nyanyian dikir barat di Ekspo
Padang Perumahan Felda Aring Enam, jam 11.50 malam pada 7 Mei lalu.
Sebelum itu, Zubaidi turut menegur Rosalinda supaya hentikan persembahan
Sebelum itu, Zubaidi turut menegur Rosalinda supaya hentikan persembahan
melampaui batasan agama kerana ia menjejaskan imej Islam dan galak orang
ramai melakukan maksiat.