Seorang wanita cina berjaya memenangi tuntutan saman sebanyak $7.25 juta terhadap bekas suaminya kerana memuatnaik gambar dan video lucahnya di internet dengan menggunakan berpuluh-puluh akaun Facebook palsu.
Mei Ling, 27, yang kini menetap di Dallas, Texas, mendakwa bekas suaminya, Tom Randell Sewell, mula memuat naik bahan lucah berkenaan selepas mereka berpisah pada 2015.
Menurut Mei Ling, dia telah dipaksa oleh suaminya untuk bergambar lucah dan melakukan seks dengan lelaki lain selepas menerima ancaman keganasan, dihantar balik atau gambar itu didedahkan kepada keluarganya.
Mei Ling datang ke Amerika Syarikat untuk menuntut dalam bidang kejururawatan dan membantu keluarganya yang susah di China.
Dia kemudiannya menerima lamaran daripada Tom, yang berusia 30-an serta pernah berkahwin sebanyak dua kali.
Sebaik sahaja saya berkahwin dan berpindah ke rumahnya, Tom telah merampas pasport saya, dan menggunakan pelbagai taktik termasuk tidak membenarkan saya memandu.
Malh dia juga memaksa saya bergambar lucah, bekerja di kelab bogel serta melakukan seks dengan lelaki lain untuk mendapatkan wang.
Tidak kira berapa banyak pun saya melaporkan kepada Facebook mengenai akaun palsu itu, dia akan membuat akaun baru hinggalah saya menjadi terkenal dan tidak dapat keluar rumah tanpa menutup muka.
Malah ketika berjalan di luar rumah, ada lelaki yang menghampiri saya dan mahu melanggan saya,’’ kata Mei Ling.
Jelas Mei Ling, meskipun dia tahu Tom tidak mampu membayar saman berkenaan tetapi Mei Ling puas hati kerana mahu mengajar lelaki itu supaya tidak membulinya lagi.
link video: klik