Terkejut Tengok 'Anaconda' Di Malam Pertama, Isteri Pukul Kepala Suami



 AFRIKA SELATAN - Seorang lelaki cedera di bahagian kepala akibat dipukul dengan botol minuman keras oleh isterinya yang terkejut melihat zakarnya buat pertama kali pada malam pertama, di sebuah hotel, lapor Daily Mail.

Mnombo Madyibi, 32, cedera di bahagian kepala selepas cuba bersama dengan isterinya ketika dalam percutian berbulan madu, yang sebelum ini mereka bersetuju untuk tidak bersama sehinggalah mereka berkahwin.

Wanita yang tidak didedahkan nama itu menggambarkan alat kemaluan suaminya itu, berbulu, menakutkan dan saiznya seperti timun. Malah, Madyibi pernah diberi gelaran 'Anaconda' setelah rakan pasukan bola sepaknya pernah ternampak kemaluannya di bilik persalinan.

"Hubungan saya dengan isteri bermula dengan baik pada malam pertama. Malah, isteri juga enjoy pada peringkat awalnya. Tetapi sebaik saja saya menanggalkan seluar, segalanya berubah.

"Isteri saya menjerit ketakutan lalu menggigit telinga dan meraba kemaluan saya. Malah dia turut memukul kepala saya dengan botol arak sebelum cuba melemaskan saya dengan patung beruang yang saya hadiahkan kepadanya," katanya.

Jeritan isterinya itu mengejutkan beberapa penghuni hotel yang lain.

Ekoran dari kejadian itu, pasangan berkenaan akhirnya pulang ke rumah menaiki bas berasingan.

"Saya rasa dia marah sebab saya hanya mampu membawa dia berbulan madu di tempat yang murah, bukan di tempat seperti yang diidamkannya di Zanzibar," katanya.

Enggan memanjangkan insiden itu, pasangan berkenaan bersetuju untuk menghadiri sesi kaunseling untuk menyelesaikan masalah mereka. - The Reporter
KONGSI KEPADA RAKAN