Remaja Di Tangkap Selepas 'Puaskan' Isteri Orang Dalam Rumah



Di Marang, Terengganu, seorang tokan syahbu dan pil kuda telah ditangkap berzina dengan isteri orang yang juga seorang penagih dadah.

Pembekal dadah jadi kekasih gelap, memang mudah lah nak dapat bekalan, kan??

Tergamak si isteri itu menduakan suami dia macam tu kan? Adakah disebabkan dadah dia curang, sampaikan sanggup berzina?

Pasangan ini ditangkap, selepas suami kepada perempuan itu membuat perangkap untuk menangkap mereka.

Perbuatan si isteri bersama kekasih gelapya sudah lama di hidu oleh si suami. Si suami pernah memberitahukan pasal perbuatan keji isterinya kepada keluarga si isteri tetapi malangnya ia tidak dipercayai oleh mereka.

Disebabkan itulah, suami kepada wanita ini telah memasang perangkap bagi membuktikan perbuatan keji isteri beliau.

Si isteri telah diceraikan oleh suamianya sejurus pasangan itu di tangkap. Itu padahnya apabila tak menghargai si suami.

Pasangan ini ditangkap apabila mereka didapati sedang duduk berdua-duaan di dalam sebuah bilik dan mengarahkan anak-anak untuk duduk di ruang tamu.

Melampau! Buat maksiat dalam rumah sendiri dengan ada anak-anak sekali. Perempuan itu tak malu ke dengan anak-anak dia?
KONGSI KEPADA RAKAN