Isu Safiey, Ini Komen "LANTANG" Wardina... Serius Tak Sangka !

Isu Safiey, Ini Komen "LANTANG" Wardina... Serius Tak Sangka !


PERSONALITI Wardina Saffiyah merasakan tindakan stesen televisyen berkonsepkan Islam kontemporari, TV Alhijrah yang mengudarakan program #PenghijrahanFenomena menyumbang kepada ‘penghijrahan’ kembali Safiey Ilias ke dunia pondan.

Menerusi kiriman gambar yang baharu sahaja diterima kami, Wardina sebelum ini menaikan status mengatakan program yang memaparkan perjalanan dan luahan hati Safiey sebagai bekas mak nyah yang ingin kembali ke pangkal jalan ketika itu sebagai tidak menggambarkan konsep penghijrahan Islam yang sebenar.

“Publisiti membunuh, jangan lakukan lagi TV Alhijrah. Jangan mensensasikan cerita biarpun ia adalah penghijrahan seseorang.

“Saya tahu ia sangat baik untuk mendapatkan rating tetapi ia adalah salah dan cara pengacaraan juga tidak begitu mendalam. Ini semata hanya untuk mendapatkan sensasi walaupun niat yang sebenar adalah baik,” katanya.



Wardina juga menambah, konsep yang dibawakan oleh media khususnya daripada saluran televisyen seperti program Da’i Pendakwah Nusantara dan Pencetus Ummah hanya dilihat untuk ‘memeriahkan’ suasana.

“Saya telah melalui industri ini dan apa yang boleh saya katakan, tiada yang benar-benar ikhlas dalam menyampaikan mesej sebenar dan ini termasuklah beberapa program sedia ada di kaca TV seperti Da’i Pendakwah Nusantara dan Pencetus Ummah,” katanya.

Terdahulu, Safiey Ilias,22, seorang mak nyah yang nekad untuk menjalani kehidupan sebagai seorang lelaki tulen telah mendapat liputan meluas sehingga dijemput menjadi beberapa tetamu program televisyen, termasuk di stesen TV AlHijrah.

Namun Safiey telah membuat keputusan untuk berubah kepada seorang mak nyah semula semalam berikutan memuat naik gambarnya berpakaian wanita dan meluahkan isi hatinya di laman Instagram.

Dia merasakan dirinya lebih tenang apabila kembali menjadi mak nyah.-MYNEWSHUB.CC
KONGSI KEPADA RAKAN