Patung pemuas Nafsu Boleh Kempis Jadi Kegilaan

Patung seks diberitakan menjadi kegilaan dan mendapat permintaan amat tinggi di negara China.

Meskipun kedengaran pelik, rupanya ramai manusia bagai tidak berakal apabila sanggup melepaskan nafsu serakah pada patung menyerupai wanita.


Paling mengejutkan, sebuah kilang di bandar negara China amat berbangga menguar-uarkan bahawa mereka diiktiraf sebagai “pengeluar terbesar patung seks”.

Mungkin bagi mereka tiada apa yang perlu dimalukan, apabila barangan tersebut mendapat permintaan tinggi seterusnya memberi keuntungan lumayan.

Menurut salah seorang pekerja, keunikan patung seks wanita buatan kilang tersebut menjadi dambaan pelanggan kerana ia boleh dikembung dan dikempiskan dengan mudah.



Harga patung yang diperbuat daripada PVC dan getah ini sekitar RM100 dan ia dianggap amat murah.

Bagi memaksimumkan hasil penjualan, kilang tersebut turut memberikan khidmat servis jualan online di mana pelanggan hanya perlu memesan patung seks berdasarkan nama yang diberikan pada produk mereka.

Apa lagi, bertambah galaklah pelanggan membeli kerana patung seks mereka boleh diterima dengan mudah melalui servis penghantaran manakala identiti mereka akan dirahsiakan.

Patung seks keluaran kilang tersebut juga dikatakan dibuat mempunyai rupa paras cantik sekaligus mendapat perhatian lelaki yang disasarkan sebagai pelanggan.


Bila tengok patung seks sebegini, rasa geli pula.

Entah apa yang ada di fikiran pembeli patung-patung seks ini hingga sanggup memilih patung sebagai tempat melempiaskan nafsu.
KONGSI KEPADA RAKAN