Tulisan ini
dikongsikan oleh seorang wanita yang sedih dengan keadaan rumahtangganya yang
baru dibina hanya kerana keadaan fizikal semulajadinya dipandang jijik oleh
suami. Baca lagi:
Assalam Admin. Saya ada benda nak berkongsi. Tapi
macam malu sangat nak cerita kat orang. Harap kalau bagitau kat sini ada lah
yang sudi dengar dan beri pendapat tanpa judge saya.
Saya baru
berkahwin 6 bulan lepas. Isunya di sini, suami tak nak sentuh saya. Selepas
malam pertama kami, dia tak sentuh saya dah. Masa honeymoon pun dia buat tak
endah.
Bila saya
tanya barulah saya dapat tahu. Rupanya suami geli dengan bulu roma pada badan
saya. Katanya dia jijik. Tak sangka ada perempuan yang berbulu lebat macam
saya. Saya memang berbulu di seluruh badan. Ya, seluruh badan!
Saya sedih
sangat. Saya memang dilahirkan macam ni. Apa saya boleh buat? Bila saya jumpa
doktor, doktor cakap saya takde masalah. Saya cuma ada sikit hormon imbalance
yang mana hormon testosterone saya lebih sikit dari perempuan biasa. tapi doc
kata tak lah sampai tahap teruk atau bahaya sebab dia kata kalau kes teruk
perempuan tu memang dah macam lelaki dah - suara agak garau etc etc. Doc kata
ini hirsutism tapi yang jadi kat saya ni adalah hirsutism paling minima. Kalau
hirsutism teruk ada yang sampai boleh jadi mandul tapi doc kata saya tidak.
Masih normal dan memang tak ada apa masalah.
Saya
terangkan pada suami. Dia kata dia faham tapi dia tetap tak boleh buang rasa
jijik tu. Kalau bahagian kaki dan bawah lengan memang takde masalah untuk saya
nak cukur ke guna epilator semua. Dan memang saya sentiasa pastikan bahagian
yang perlu shave ni saya shave sentiasa. Leceh memang leceh tapi saya anggap
semua ni pengorbanan untuk suami. Sayangnya, dia tetap tak pandang pun. Dan
dekat bahagian lain macam mana? Belakang badan saya pun berbulu. Walaupun bulu
halus lembut dan bukannya kasar bergulung, tetap nampak kat mata. Dan sebab tu
suami jijik.
Saya pernah
tanya tempat yang ada laser. Katanya boleh buat tapi bayarannya cecah puluhan
ribu. Dan hasilnya belum tentu permanent walaupun iklannya kata permanent.
Mereka kata kalau bulu banyak sebab hormon, cuma boleh buang je lah. Sebab
selagi hormon tak balance memang takkan hilang bulu. Kalau pergi buang selalu
entah berapa lagi lah kosnya. Kalau saya berduit memang saya tak kisah. Tapi
saya memang takde duit sebanyak tu. Dan sebelum kahwin saya dah resign kerja
sebab suami tak bagi kerja. Dan lagi, suami pula hanya tahu complain tapi bila
saya cakap dengan dia tentang kos takde pulak dia kata nak tolong bayarkan ke
apa.
Saya tak
faham perangai dia. Sebelum kahwin dia pernah nampak saya berlengan pendek dan
nampak bulu roma lebat di tangan saya. Tapi dia tak kata apa. Di muka dan leher
saya pun kalau duduk sebelah saya boleh nampak bulu roma halus. Dia nampak je
selama ni tapi tetap teruskan masuk meminang dan kahwin dengan saya. Kalau
jijik kenapa tak dari dulu jijik? Kenapa tiba2 nak jijik? Bila saya persoalkan
dia diam je. Tak kata apa.
Maaf kalau
terlalu open tapi orang yang dah pernah merasai hubungan intim mesti faham apa
rasanya bila disentuh cuma sekali dan seterusnya tak dapat. Dan dengan hormon
imbalance saya ni memang saya akui s*x drive saya lebih tinggi dari perempuan
biasa. Sungguh saya terseksa bila jadi macam ni.
Saya cuba
tutup kekurangan yang satu ni dengan cuba untuk jadi isteri terbaik. Masak
untuk suami, sediakan makan pakai dia, give up kerjaya untuk jadi suri rumah
sepenuh masa supaya boleh kejar syurga dengan melayan suami. Akhirnya hampa.
Suami makan
pun tak pandang muka saya. Lepas saya salam dia lepas solat atau bila dia pergi
dan balik kerja takde pun dia nak cium saya. Jijik sangat agaknya. Saya geram
macam mana pun alhamdulillah tak pernah lagi tinggi suara pada dia. Bila saya
marah atau sedih dengan kata2 dia yang menghina fizikal saya ni saya sabarkan
hati. Berendam air mata sorang2. Takpelah asalkan saya tak berdosa marah atau
tengking dia bila saya terasa hati.
Sampai satu
tahap saya terfikir, kalau suami nak tinggalkan saya, saya redha. Tapi ada ke
lelaki lain yang sudi nak terima orang macam saya ni? Jijik sangat ke bila
berbulu sedangkan Allah yang cipta saya macamni. Sudahlah selama ni memang
rendah diri dengan keadaan fizikal saya ni. Bila dah kahwin suami menjauh atas
sebab kekurangan yang satu ni, memang membunuh keyakinan diri saya 100%. Rasa
terhina sangat.
Dulu saya
ada terfikir masalah macamni akan muncul kalau saya kahwin sampai saya takut
nak kahwin. Tapi bila suami tunjukkan kesungguhan nak kahwin dengan saya, saya
ingat dia tak kisah dengan kekurangan saya ni. Walhal bukannya bulu roma saya
ni panjang kasar bergulung macam beruk. Cuma kuantiti lebih banyak dari
perempuan lain. Salah saya ke? Tak sangka kerisauan saya jadi realiti. Sedih
sungguh rasanya. Saya ingatkan dia sayang saya kerana diri saya. Tapi nampaknya
dia lagi kisahkan fizikal saya dari hati saya dan segala apa yang saya telah
buat dan korbankan untuk dia.
Saya tak
pernah ambil kisah pun tentang betapa tak sempurnanya dia tu. Dia pun muka
biasa2 saje. Kalau saya nak kutuk fizikal dia, macam2 saya boleh kutuk. Tapi pd
saya semua tu tak perlu sebab saya memang sayangkan dia. Ikhlas cintakan dia.
Dalam kebanyakan perkara dia memang calon suami terbaik. Maknanya bila hubungan
jadi macamni memang salah saya lah agaknya. Memang berpunca dari kekurangan
saya lah.
Dia tak
'dapat' dari saya mungkin dia boleh kahwin lain. Dapatkan dari perempuan lain.
Tapi nasib saya ni macam mana? Adake lelaki yang boleh terima perempuan tanpa
kisahkan fizikal dia? Saya pun nak ada zuriat sendiri. Nak merasai mengandung
dan lahirkan anak sendiri. Tapi kalau dia tak sentuh saya macam mana? Sampaikan
saya pernah cakap dengan dia, saya tak kisah saya ni puas atau tak tapi sentuh
lah saya sampai dapat anak. Lepastu nak tinggalkan saya ke apa silakan. Kalau
saya ni berduit memang saya buat ivf je. Senang. Biar dia tak perlu sentuh saya
yang jijik ni.
Yang paling
saya risau adalah kalau parents saya tahu tentang ni. Mesti kecewa mereka.
Serahkan anak pada lelaki yang mereka sangka dapat sayangi saya dan jaga saya
sebaik mana mereka jaga. Tapi rupanya anak mereka ni menderita. Saya tak nak
parents saya tahu saya tak bahagia. Tak sanggup nak tengok mereka tempuhi hari tua
dlm keadaan yang risaukan saya.
Entahlah.
Serabut kepala jadinya. Isunya cuma satu tapi meleret sampai mewujudkan isu
lain. Sedih sangat rasanya.
Agaknya
kalau bulu ni adalah satu stigma negatif pada lelaki, sanggup ke diorang nak
shave setiap 3 hari? Atau sanggup ke diorang nak wax sebulan sekali? Proses
buang bulu ni makan masa, kadang2 sakit, penat. Entah lah. Saya tak tahu apa
lagi nak buat.