Isteri Dibunuh Kerana Tidak Berdarah Pada Malam Pertama ? merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklum balas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Isteri Dibunuh Kerana Tidak Berdarah Pada Malam Pertama ?
Beberapa tahun lepas aku terbaca di Harian Metro kisah
seorang isteri yang diceraikan oleh suaminya kerana tidak berdarah pada malam
pertama perkahwinan mereka. Si suami beranggapan si isteri telah menipu dirinya
dan tidur dengan lelaki lain sebelum berkahwin. Berita ini amat menyedihkan
kerana cinta yang mereka bina selama ini hancur musnah kerana sikap tidak berfikir
panjang si suami.
Namun kisah ini tidak seburuk berita berita yang aku dengar
dari negara negara konservatif muslim. Di Pakistan dan Bangladesh umpamanya
ramai isteri yang tidak berdarah pada malam pertama dibunuh atau/dan dibakar
oleh suami, abang atau bapa mereka kerana dikatakan telah menconteng arang ke
muka keluarga. Pada pendapat aku, berdarah atau tidak berdarah bukanlah satu
perkara yang perlu dijadikan isu. Dibawah ini akan aku jelaskan mengapa.
Pertama sekali, bukan semua wanita dilahirkan dengan selaput
dara. Menurut Nederlandse Vereniging voor Obstetrie en Gynaecologie (May 2004),
1 bagi setiap 1000 orang wanita dilahirkan tanpa selaput dara. Dalam erti kata
lain, kira – kira 15000 wanita di Malaysia tidak mempunyai selaput dara.
Selain itu, selaput dara bukan sahaja boleh pecah kerana
aktiviti seks tetapi juga kerana faktor faktor yang lain seperti penggunaan
tampon yang kerap, penggunaan vaginal speculum ketika pemeriksaan kesihatan,
onani, sering melakukan akitiviti lasak serta bersukan, kecederaan atau
penderaan fizikal. Atas sebab – sebab ini berdarah atau tidak bukanlah petunjuk
konkusif bahawa si wanita itu pernah melakukan seks atau tidak.
Disamping itu, sesetengah wanita mungkin hilang dara kerana
dirogol. Golongan ini dalam dilema sama ada patut atau tidak mereka
menceritakan tragedi hitam mereka kepada bakal suami. Golongan lelaki diluar
sana mungkin beranggapan yang wanita wanita ini harus berterus terang sahaja
kepada bakal suami mereka. Namun, kita tidak berada di tempat wanita itu dan
tidak tahu betapa berserabut fikirannya. Jika diberitahu, makin banyak soal si
suami hingga membuatkan si isteri terseksa mengenangkan saat dirogol. Ada
kemungkinan si suami akan menganggap si isteri hanya membuat – buat alasan
untuk menutup aib bahawa dirinya dulu seorang bohsia. Ada kemungkinan si suami
akan menyalahkan si isteri kononnya terlalu naif, sama dua kali lima menggatal,
berpakaian seksi dan sebagainya. Hakikatnya, amat susah sekali suami – suami
diluar sana mempercayai pengakuan isteri mereka.
Menurut Psychology Today (Mac 2011), hanya 43% wanita yang
disoal selidik mengatakan mereka berdarah ketika pertama kali melakukan seks.
Adakah ini bermaksud 57% wanita yang lain itu masih mempunyai dara? Sudah tentu
tidak.
Lelaki – lelaki diluar sana sangat bersyukur dan gembira
jika mengetahui isteri mereka berdarah pada malam pertama. Tetapi pendarahan
ini mungkin berlaku disebabkan penyakit seperti cervical dysplasia, gonorrhea,
cervical polyps, vaginal yeast infection, uterine polyps, chlamydia, vaginitis,
trichomoniasis, endrometritis and fibroid tumors. Jika bukan kerana penyakit
mungkin juga kerana kemasukan zakar kedalam vagina secara kasar dan kekurangan
pelincir.
Yang peliknya, sesetengah lelaki yang beriya – iya mahukan
isteri dara ini belum pasti lagi masih teruna atau tak. Entah – entah dah
banyak kali beromen dengan anak orang. Janganlah jadi lelaki munafik yang nak
isteri islamik, dara tapi perangai sendiri macam sampah.