
Caijie yang berusia 25 tahun, tidak menjadikan statusnya sebagai siswa Fu Jen Catholic University sebagai penghalang untuk membantu ibu bapanya melakukan perniagaan itu. Kini nama Caijie mula menjadi sebutan, dan ramai lelaki yang singgah ke gerai dagingnya semata-mata untuk berkenalan dan mendapatkan nombor telefonnya.
Tidak ketinggalan, ada juga ibu dan nenek yang datang ke gerai itu untuk memperkenalkan anak atau cucu lelaki mereka. Ramai yang memuji Caijie sebagai anak gadis yang baik kerana tidak kisah untuk bergelumang dengan bau daging yang hanyir demi membantu ibu bapanya.