Hong Kong: Polis menahan seorang pelajar lelaki dan memburu seorang wanita selepas aksi mereka membuat hubungan seks di tepi jalan menjadi viral di Internet.
Ning Dang, 19, yang berasal dari Mongolia dilaporkan mabuk selepas
keraian menyambut ulang tahun kelahirannya di sebuah pusat hiburan
berhampiran sebuah universiti di sini, baru-baru ini.
Ketika pulang ke asramanya, Dang dilaporkan bertemu seorang pelajar wanita dan mereka terus berasmara di tepi jalan.
Bagaimanapun, aksi mereka itu dirakam seorang penduduk menggunakan telefon sebelum disebarkan di Internet.
Polis bertindak menahan Dang selepas video berkenaan mencetus kemarahan orang ramai.
Dang memberitahu polis, dia tidak mengenali wanita itu kerana mereka baru kali pertama bertemu.
Pelajar lelaki itu ditahan dan bakal didakwa kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.
Polis percaya wanita itu melarikan diri ke Beijing, China.