Ampang: “Paling lama saya boleh tahan daripada mengambil ‘benda’ itu
adalah selama dua minggu, kalau tidak saya akan hilang kawalan,” kata
seorang penagih dadah tegar.
Itu pengakuan seorang lelaki berusia lewat 30-an yang menjadi hamba syabu sejak 12 tahun lalu walaupun kegiatannya itu diketahui keluarga.
Salleh (bukan nama sebenar) berkata, dia sudah beberapa kali keluar masuk pusat pemulihan atas kesalahan menagih dadah jenis syabu sejak usianya masih muda.
“Selepas keluar pusat pemulihan, saya akan tetap mencari ‘lubang’ untuk mendapatkannya demi untuk memuaskan nafsu,” katanya.
Menurutnya, dia sudah arif dalam mencari pengedar di sekitar ibu kota memandangkan dia sudah lama menceburkan diri dalam kegiatan haram berkenaan.
Salleh berjaya masuk ke perangkap ketika Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) cawangan Ampang giat melakukan operasi membanteras dadah, malam kelmarin.
Ketua Pegawai AADK Ampang Hasnina Ibarhim berkata, pihaknya mengenal pasti beberapa lokasi panas penagih dadah di sekitar Ampang dan antaranya adalah taman
permainan, rumah kosong, ‘port’ sementara seperti bawah jejantas dan banyak lagi.
“Kini mereka (penagih) lebih ‘cerdik’ apabila menggunakan kod sebagai kata laluan untuk penagih memasuki kawasan berkaitan supaya dengan mudah untuk mengesan anggota pihak berkuasa yang menyamar dalam kalangan mereka.
“Sehingga awal pagi hari ini (semalam) dengan kekuatan 20 anggota AADK Ampang, kami berjaya merampas dua peket kecil dadah dipercayai morfin,” katanya.
Seramai 11 lelaki berusia 20-an hingga 40-an berjaya ditahan dalam operasi terbabit dalam usaha untuk menangani gejala sosial yang semakin membimbangkan itu.
“Namun begitu, terdapat tiga lagi remaja lelaki yang dapat meloloskan diri semasa operasi sedang dijalankan,” katanya.