Padah Menipu Ibu Kandung Gadis Jadi..........



ARAU: Padah menipu ibu sendiri semata-mata untuk keluar bersama
temanlelaki, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun diperlakukan 
seperti hamba seks apabila dirogol sekurang-kurangnya empat kali 
oleh empat lelaki berbeza dalam tempoh lima jam, minggu lalu.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa dikatakan dibawa teman lelakinya
yang berusia 17 tahun ke sebuah pondok di kawasan sawah padi 
di Ngulang dekat sini, kira-kirajam 8 malam......

Selepas dirogol teman lelakinya, mangsa dikatakan dipaksa melayan
nafsu tiga lagi suspek lain yang juga rakan kepada teman lelakinya 
sepanjang kira-kira lima jam berada di pondok berkenaan.

Mengulas kes itu, beliau berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan 
memaklumkan kepada ibunya untuk ke pasar malam berdekatan rumah,
sebelum melencong ke tempat lain bersama teman lelakinya.

Mangsa kemudian dibawa suspek ke sebuah pondok di Ngulang, 
sebelum dirogol. Sesudah itu, mangsa diserahkan pula kepada tiga 
yang lain yang turut merogolnya.

Sebaik selesai, suspek menghantar mangsa ke kawasan rumahnya 
di Taman Firdaus,dekat Kangar, sebelum laporan dibuat di Balai Polis 
Arau berhubung kejadian itu.

Hasil laporan itu, polis menahan empat lelaki berusia 17 hingga 22 tahun, 
Khamis lalu, termasuk teman lelaki mangsa untuk membantu siasatan 
mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan katanya

KONGSI KEPADA RAKAN