Video Adegan Ber Bikini Miera Liyana Tapi FIzz Fairuz Tak Bernafsu


Miera Liyana yang dikatakan agak daring kerana babak tertentu yang mana dia
mengenakan babak tertentu yang mana dia mengenakan pakaian bikini di samping
pelakon Fizz Fairuz.

Namun, dia menganggap ia sebagai satu cabaran dan pengalaman untuk karier
lakonannya itu. Baginya sewaktu filem itu dalam penggambaran dia hanya berumur
19 tahun dan masih mentah dalam dunia lakonan.

“Saya buat hanyalah untuk memenuhi karakter dan menunjukkan kemesraan sahaja.
Saya ada juga bercakap dengan pengarah mengenai babak tersebut tetapi dia 
mengatakan akan adanya proses editing dan kamera trick dilakukan di situ.

Saya rasa ini yang pertama dan terakhir babak daring yang saya lakonkan itu,”
katanya.Sekiranya ada tawaran untuk dia melakukan aksi daring sebegitu dia
sekali lagi menegaskan akan menolaknya dan hanya akan memilih skrip yang
bersesuaian dengan apa yang dikehendakinya.

“Saya akan pilih lagi skrip dan takkan main ambil seperti bidan terjun di mana semua 
projek ambil. Bagi saya nak kata saya berani buat aksi macam itu tidak juga, malah 
ada yang lebih ekstrim daripada saya. Itu hanyalah pengalaman untuk saya lebih pandai
memilih,” katanya.

Sebelum memulakan aksi yang bakal mencetuskan kontroversi itu, Miera sendiri telah 
hubungi dan memberitahu ibunya yang juga merangkap sebagai pengurusnya untuk
menjalankan aksi tersebut. Ternyata ibunya memahami dengan apa tanggungjawab 
yang perlu dilaksanakan oleh anaknya itu selagi tidak mengaibkan dirinya sebagai 
seorang gadis.

“Sebelum itu, ada saya menghubungi dan memberitahu mama yang juga merupakan 
pengurus saya untuk memulakan babak ini. Apa-apa dia yang akan tahu dulu dan dia 
akan pastikan bahawa di set penggambaran ada yang menjaga saya dan begitu juga
dengan babak yang akan dilakonkan saya itu agar tidak keterlaluan,” ujarnya.

Dia juga tidak menganggap dieksploitasi kerana beranggapan apa yang dilakukannya
itu adalah sebagai satu cabaran baginya. Berlakon di samping Fizz Fairuz sendiri yang 
sudah dianggapnya sebagai abang tidak ada sekelumit perasaan malah mengagumi
aktor tersebut di samping aktres jelitawan Lisa Surihani yang turut tampil bersama 
dalam filem.

“Tak boleh tutup mulut semua orang, saya masih baru ketika itu. Saya anggapnya 
sebagai satu cabaran. Saya bukan jenis orang yang cakap tak nak, sebab masih tidak
mencubanya lagi & saya buat dan ada pengalaman itu semuanya.

“Saya dan Fizz sudah macam adik-beradik. Kalau tengok saya pakai bikini dalam 
babak itu, dia dah macam tak kisah dan anggap saya sebagai adiknya. Saya tak ada 
rasa kesal, kerana itu semua pengalaman untuk saya pilih skrip dan saya tak rasa itu
satu kesilapan,” tambahnya.
KONGSI KEPADA RAKAN