Punca sebenar Siti Saerah diceraikan talak tiga?

 
Masihkah anda ingat dengan gosip yang baru-baru ini kami sampaikan mengenai 
adik kepada penyanyi popular yang khabarnya akan bercerai?


Namun berita terkini yang berlegar di dunia hiburan tempatan nampaknya lebih 
hangat apabila artis terbabit iaitu Siti Saerah rupanya dikatakan telahpun bercerai
talak tiga! Tiada sefahaman dikatakan menjadi punca penceraian itu.

Ketika dihubungi media, Siti Saerah bagaimanapun enggan mengulas soal itu kerana
lebih selesa untuk tidak berkongsi apa apa buat masa ini. 

"Saya minta maaf bukan saya tidak mahu (komen) tapi saya perlu menjaga hati 
banyak pihak. Saya minta maaf sangat-sangat," ujarnya melalui khidmat pesanan 
ringkas (SMS)kepada media. 

Tambah Saerah, apa yang berlaku biarlah dia, Saiful dan Tuhan saja yang tahu. 
Mungkin jodoh mereka setakat itu saja. Dia perlu tabah dan reda dengan segala 
ketentuan Allah dan menyifatkan apa yang berlaku ada hikmahnya.

Untuk info, Saerah dan Saiful Anuar Ahmad Shafie berkahwin pada 27 Oktober
2010.Mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 3, Ahmad
Daiyan,2, dan terkini seorang bayi berusia 10 bulan iaitu Ahmad Aisy. 

Apa yang menarik, dalam laman sosial Saerah, Siti Nurhaliza turut berkongsi 
kata-kata semangat dengan adiknya. Beliau meminta agar Saerah tabah menghadapi 
ujian. 

"Allah SWT Maha Adil dan Bijaksana. Apa yang telah diaturkan pasti yang
terbaik untuk umatNya dan pasti ada peringatan buat yang melaluinya.

 "Buat @sairahtarudin, adikku bertabahlah dan teruslah berjalan berpandu pada 
Allah. Insyaallah semuanya tenang,” tulisnya - BLOG MYARTIS

KONGSI KEPADA RAKAN