ALOR GAJAH : Seorang isteri tergamam apabila menyaksikan suaminya
tidur berpelukan dengan seorang janda beranak enam dalam kejadian
kira-kira 11.40 pagi semalam.
Dalam kejadian itu, pasangan terbabit ditemui dalam keadaan bertelanjang
bulatdalam sebuah bilik di rumah ibu lelaki berkenaan di Kampung Ayer
Paabas, dekat sini.
Wanita berusia 60 tahun itu mendakwa suaminya yang sudah bercucu itu
kerap tidur bersama pasangannya di rumah berkenaan.
Sumber berkata, isteri yang berada di hospital melawat ibu mertuanya
berusia 87tahun berasa tidak sedap hati sebelum pulang menjenguk ke rumah
ibu mertuanya itu.
“Setibanya di rumah kira-kira jam 10 pagi, dia terkejut terdengar dengkuran
kuat suaminyadari arah salah satu bilik.
“Berang melihat perbuatan jijik suaminya itu, si isteri bertindak melaporkan
kejadian kepada pegawai syarak kampung berkenaan sebelum tindakan
diambil,” katanya.
Bertindak atas maklumat, Pegawai Syarak merangkap Imam (1) Kampung
Ayer Paabas,Sahri Abu Samah bersama penduduk kampung membuat
pemeriksaan ke atas rumah disyaki.
“Walau bagaimanapun salam dan ketukan di rumah itu tidak berjawab
kira-kira 10minit sebelum imam serta penduduk bertindak masuk melalui pintu
yang tidakberkunci.
“Pasangan terbabit terkejut dengan kehadiran penduduk kampung dan
mengaku bukan pasangan suami isteri selain mendakwa bermalam di rumah
itu akibat keletihan,
Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani ketika dihubungi
mengesahkan pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Alor Gajah sebelum kes dirujuk Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama
Islam Melaka (Jaim) Negeri untuk tindakan lanjut. – Sinar Harian