Tayang Kemaluan Sebagai Protes Bunyi Bising


Kajang: Akibat tidak tahan mendengar suara tangisan bayi, seorang lelaki bertindak
pergi ke rumah jirannya lalu memarahi, mencarut dan menunjukkan kemaluannya 
kepada nenek bayi itu dalam kejadian di sebuah flat di Semenyih, di sini Sabtu lalu. 


Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab berkata, sebaik
kejadian,mangsa yang terkejut dengan tindakan lelaki itu memberitahu kejadian itu 
kepada suaminya. 


Beliau berkata, anak perempuan mangsa yang turut berada di situ cuba membantu
ayahnya, namun suspek terus menetak kepalanya dengan parang sebelum melarikan diri



Ab Rashid berkata, identiti suspek sudah dikenal pasti dan polis kini sedang 
memburunya. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) kerana 
mendatangkan kecederaan. 

KONGSI KEPADA RAKAN