Pengakuan Berani Mati Playgirl: Mulanya Sakit Tapi Bertukar Nikmat


USIANYA baru mencecah 20 tahun, namun dia mendakwa ditiduri secara rela
oleh 30 lelaki yang dikenali di FB.

Hanya mahu dikenali sebagai Qila, remaja berasal dari selatan tanah air itu 
mengaku pada mulanya seronok melalui hidup sebagai ‘playgirl’ sebelum 
ditimpa musibah.

Meskipun mempunyai raut wajah sederhana, keinginan untuk memiliki teman 
lelaki seperti rakan lain yang berwajah cantik tetap menebal dalam diri.

Justeru, tanpa menyiasat latar belakang individu yang mahu mengenali dirinya,
dia menerima sesiapa saja sebagai rakan asalkan lelaki.

Mengakui dirinya liar sejak zaman sekolah, anak kelima daripada enam beradik
itu mula mengenali arak, dadah dan rokok sejak berusia 17 tahun.

Bukan tiada yang menegur perbuatannya, namun dia enggan mendengar 
nasihat dan hanya ikut kepala sendiri.

“Saya memang menjadikan fb sebagai batu loncatan untuk mencari kenalan,
 terutama di kalangan lelaki. Saya akui tidak mempunyai ramai kawan 
perempuan kerana rimas dan benci dengan sikap penyibuk mereka.

“Ketika rakan lain sibuk membuat ulang kaji untuk peperiksaan Sijil Pelajaran
 Malaysia (SPM), saya sibuk berpeleseran dan ‘enjoy’ dengan teman lelaki 
mencari keseronokan dunia,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ketika peperiksaan berlangsung, Qila tidak duduk bersama keluarga, 
sebaliknya tinggal sebumbung bersama teman lelaki di rumah sewa.
Tidak terlintas langsung kerisauan di hatinya kerana keseronokan bersama
teman lelaki yang dikenali melalui fb membuatkan dia terus hanyut.

“Seperti dijangka, apabila keputusan peperiksaan diumumkan, keputusan saya 
tidak memberangsangkan. Namun saya masih tak ambil kisah kerana teman 
lelaki sentiasa datang silih berganti untuk menemani.

“Selain memberi wang dan keseronokan, saya menjadi tempat melampiaskan 
nafsu setiap lelaki yang mahu berkawan. Bagi saya, hal dalam bilik perkara 
kecil dan bukan masalah besar,” katanya.

Menurut Qila, sifat cepat bosan menyebabkan dia sering bertukar teman
lelaki hingga ada kala selepas berjumpa seorang lelaki, dia menemui lelaki 
lain pada hari sama.

“Kegiatan liar saya bagaimanapun berjaya dihidu keluarga, terutama abang
yang mengesyaki saya sudah ‘dijamah’ lelaki, selain melihat perubahan 
pada wajah yang mempunyai ‘mata panda’ akibat mengambil dadah berlebihan.

“Mereka bertanya adakah saya mengambil dadah, namun saya tak mengaku 
hinggalah mereka mengugut mahu menjalankan ujian darah di klinik. 
Disebabkan tiada pilihan,akhirnya saya mengaku,” kata anak kepada pekerja
kilang ini.

Qila berkata, selepas keluarga tahu apa berlaku, mereka menangis dan terkilan 
dengan sikapnya. Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana tidak dibuang
keluarga, sebaliknyadihantar menjalani pemulihan di sebuah rumah perlindungan
untuk gadis bermasalah.

“Selepas ini, saya berjanji akan mengubah hidup dan membantu ibu 
mengusahakan perniagaan jahitan langsir dan pakaian,” katanya yang kini 
menghidap ketumbuhan 
di rahim. 

-duniabaru

KONGSI KEPADA RAKAN